> Buat majlis yang ala kadar sahaja tetapi meriah
> Sekiranya buat di kampung atau di taman,
lakukan secara gotong royong.
> Jangan jemput semua orang, sebaliknya hadkan
terlebih dahulu beberapa panggilan.
> Pengantin tidak perlu menukar banyak baju.
Cukup baju akad nikah dan baju bersanding.
> Aturkan majlis kenduri di hari yang tidak
berlaku musim kenduri. Ini untuk mengelak
pembaziran apabila penyediaan melebihi tetamu yang datang.
> Sediakan menu yang sederhana. Tidak perlu
menyediakan banyak menu kerana pengunjung selalunya
sudah hadir kenduri di tempat lain.
> Jangan terburu2 membeli persiapan dalam
masa yang singkat. Seeloknya merancang terlebih dahulu.
> Pilih pakej perkahwinan yang sederhana. - Catering
> Jangan terpengaruh dengan perkahwinan/ kenduri
selebriti, artis atau orang kenamaan. Seeloknya anda
berfikir bahawa kenduri anda bukan untuk bermegah2.
> Lakukan upacara serentak dengan hari kenduri,
seperti akad nikah dan hantaran.
> Elak melakukan perkara2 bid'ah walaupun ia beradat.
> Pilih pakej penggambaran yang berkualiti tetapi murah.
No comments:
Post a Comment