> Buat majlis yang ala kadar sahaja tetapi meriah
> Sekiranya buat di kampung atau di taman,
lakukan secara gotong royong.
> Jangan jemput semua orang, sebaliknya hadkan
terlebih dahulu beberapa panggilan.
> Pengantin tidak perlu menukar banyak baju.
Cukup baju akad nikah dan baju bersanding.
> Aturkan majlis kenduri di hari yang tidak
berlaku musim kenduri. Ini untuk mengelak
pembaziran apabila penyediaan melebihi tetamu yang datang.
> Sediakan menu yang sederhana. Tidak perlu
menyediakan banyak menu kerana pengunjung selalunya
sudah hadir kenduri di tempat lain.
> Jangan terburu2 membeli persiapan dalam
masa yang singkat. Seeloknya merancang terlebih dahulu.