Friday 10 June 2016

Destani Cinta - Mestica



Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku.. Ya Allah..

Tuesday 7 June 2016

Tip jimat belanja kahwin

> Buat majlis yang ala kadar sahaja tetapi meriah

> Sekiranya buat di kampung atau di taman,
lakukan secara gotong royong.

> Jangan jemput semua orang, sebaliknya hadkan
terlebih dahulu beberapa panggilan.

> Pengantin tidak perlu menukar banyak baju.
Cukup baju akad nikah dan baju bersanding.

> Aturkan majlis kenduri di hari yang tidak
berlaku musim kenduri. Ini untuk mengelak
pembaziran apabila penyediaan melebihi tetamu yang datang.

> Sediakan menu yang sederhana. Tidak perlu
menyediakan banyak menu kerana pengunjung selalunya
sudah hadir kenduri di tempat lain.

> Jangan terburu2 membeli persiapan dalam
masa yang singkat. Seeloknya merancang terlebih dahulu.

Friday 3 June 2016

Kronologi Natrah

Siapakah Natrah? 
Dulu masa kecik selalu dengar nasyid dari 
kumpulan Al-Wadi - Pulanglah Natrah..
Sedih sgt lagu tu... tapi tau sikit je pasal cerita di sebalik lagu..
teruskan bacaan >>

Kisah Natrah tidak sepatutnya kita lupakan begitu sahaja. Sewajarnya ia menjadi pelajaran kepada kita. Kisahnya bukan sekadar emosi (kasih sayang antara ibu dan anak yang dipeliharanya, cinta, pengharapan, undang2.. tapi yang penting ialah AKIDAH nya)

mengenali sejarah Natrah ini, membuka hati dan minda kita. Seberat mana ujian yang diterima kita.. tidaklah seberat Natrah ini. (Semoga dalam hatinya mengqasadkan hanya Allah Tuhan yang satu, Muhammad itu Rasulullah) kerana, menurut cerita, Natrah selepas "ditawan" oleh undang2 dan di perintahkan kembali kepada ibu bapa kandungnya, beliau ada mencari masjid dan mahu bersolat.

Adakah Natrah masih utuh akidahnya? adakah ia masih Islam? Bagaimana ia boleh menolak/menerima Kristian dalam pada sebelumnya ia di didik dengan asas Islam yang kukuh??
berbagai persoalan menerjah minda saya.

Bagaimanapun, itu semua urusan Allah. Siapalah kita mahu mempersoalkan itu dan ini.Isu yang penting sekarang ialah.. sejarah itu jadikan pengajaran, jadikan iktibar. Usah dilupakan sejarah yang memahat seribu satu pelajaran.
Ummat Islam Singapura ketika itu begitu tersentuh dengan kisah Natrah ini sehingga menimbulkan RUSUHAN NATRAH hingga menyebabkan kematian.

Sejarah jangan dilupakan, Jadilkan ia guru dalam kehidupan.