Siapakah Natrah?
Dulu masa kecik selalu dengar nasyid dari
kumpulan Al-Wadi - Pulanglah Natrah..
Sedih sgt lagu tu... tapi tau sikit je pasal cerita di sebalik lagu..
teruskan bacaan >>
Kisah Natrah tidak
sepatutnya kita lupakan begitu sahaja. Sewajarnya ia menjadi pelajaran
kepada kita. Kisahnya bukan sekadar emosi (kasih sayang antara ibu dan
anak yang dipeliharanya, cinta, pengharapan, undang2.. tapi yang penting
ialah AKIDAH nya)
mengenali sejarah Natrah ini, membuka hati dan
minda kita. Seberat mana ujian yang diterima kita.. tidaklah seberat
Natrah ini. (Semoga dalam hatinya mengqasadkan hanya Allah Tuhan yang
satu, Muhammad itu Rasulullah) kerana, menurut cerita, Natrah selepas
"ditawan" oleh undang2 dan di perintahkan kembali kepada ibu bapa
kandungnya, beliau ada mencari masjid dan mahu bersolat.
Adakah
Natrah masih utuh akidahnya? adakah ia masih Islam? Bagaimana ia boleh
menolak/menerima Kristian dalam pada sebelumnya ia di didik dengan asas
Islam yang kukuh??
berbagai persoalan menerjah minda saya.
Bagaimanapun,
itu semua urusan Allah. Siapalah kita mahu mempersoalkan itu dan
ini.Isu yang penting sekarang ialah.. sejarah itu jadikan pengajaran,
jadikan iktibar. Usah dilupakan sejarah yang memahat seribu satu
pelajaran.
Ummat Islam Singapura ketika itu begitu tersentuh dengan
kisah Natrah ini sehingga menimbulkan RUSUHAN NATRAH hingga menyebabkan
kematian.
Sejarah jangan dilupakan, Jadilkan ia guru dalam kehidupan.
KRONOLOGI KISAH NATRAH:
Natrah
atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan
Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana
berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.
Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.
Kronologi
■ 24 Mac 1937 :: Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
■
Disember 1942 :: Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che
Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan
neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah
tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah
ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang
peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut
keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah.
Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
■
15 November 1945 :: Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol,
Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu
meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
■
1945 :: Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan
Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa
dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa
menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai
kerajaan Inggeris dan Belanda.
■ 19 Ogos 1949 :: Polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
■
September 1949 :: Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British
di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan
Melayu Chukai.
■ 12 April 1950 :: Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
■ 22 Mei 1950 :: Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
■ 24 April 1950 :: Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
■
28 April 1950 :: Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak
penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim
daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
■ 19 Mei 1950 ::
peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah
Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim
menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah
di Singapura .
■ 28 Julai 1950 :: Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
■
1 Ogos 1950 :: kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan
dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat
Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura.
Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia
Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur
13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti
Aisyah.
■ 2 Disember 1950 :: Ketua Hakim megeluarkan perintah
yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan
hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang
berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.
Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut
agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai
umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah
tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga.
Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam
kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh
sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah
mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada
didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
■
12 Disember 1950 :: Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan
kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam
menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan
seterusnya dijadikan Katholik.
■ 12 Disember 1950 :: Rusuhan
Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu
kecewa Natrah akan dimurtadkan.
■ 13 Disember 1950 :: Natrah dan
ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju
Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
■
15 Disember 1950 :: Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol,
Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda
beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’.
Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan
Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah
sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang
‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan
khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor
Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
■ Januari 1952 ::
Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC
Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang
import-eksport Belanda.
■ 9 Januari 1951 :: Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
■ 10 Januari 1951 :: Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
■ 17 September 1951 :: Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
■ 25 Januari 1953 :: Surat Mansor Adabi kepada Natrah
■
Mac 1953 :: Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam
tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian
Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah
menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’.
■ 20 Julai 1953 :: Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
■
1954 :: Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya
Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC
Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu
dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid
Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
■
26 Januari 1956 :: Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi
menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
■
20 April 1956 :: Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt,
seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun.
Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
■ 15
Februari 1957 :: Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10
orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub,
Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
■ 20 Januari 1959 :: Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
■
3 Februari 1959 :: Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat
Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib
Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
■ 25 November 1975 ::
Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam
filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha,
Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari
itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor
Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
■ 16 Ogos
1976 :: Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya
JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang
hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh
racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya
Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver.
Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan
Bertha ditangkap.
■ 26 Disember 1976 :: Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
■ 1976 :: Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
■
Disember 1979 :: Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang
selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha
untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di
Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
■ 1983 :: Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
■ 1984 :: Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
■
15 September 1984 :: Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat
mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga…
Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan
bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat
taraf warganegara Amerika Syarikat.
■Bertha kini tinggal di
Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di
Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik
hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan
bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan
orang-orang yang disayangi.
■ Pada tahun 1992 :: kerajaan telah
mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang
mengisahkan kisah Natrah ini.
■ 9 Julai 2009 :: Bertha Hertogh
atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia
di kediamannya di Huijbergen, Belanda.
Beliau meninggal akibat
leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr
Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.
sumber: http://ilmuanmuda.wordpress.com/2009/07/12/kronologi-natrah/
No comments:
Post a Comment