Monday, 26 January 2015

3 tahun berlalu




sambungan dr entry sebelum ni perpisahan terakhir
26 january 2012 - 26 january 2015

3 tahun sudah berlalu..namun peristiwa itu masih jelas di minda..
mana mungkin pernah ku lupa..
sentiasa teringat, terbayang setiap detik keadaan ketika itu..
di hening mlm, di kelilingi manusia  yang seolah2nya 
tdk pernah aku lihat sebelum ini…
kereta y bergerak perlahan di sebelah kiriku….
Wajah2 yang memandang aku dgn sayu..
pantas saja aku melangkah laju…
jalanku yang agak laju semakin perlahan mengorak langkah…
tdk jauh dr situ…sekujur tubuh kaku diam tanpa nafasnya..
langkah terhenti, namun digagahi jua….
Tanpa sedar airmata laju jatuh membasahi pipi….
Ku hampiri jasad kaku itu…
Ku goncang tubuhnya….
Ku panggil dirinya…
Abah!! namun tiada balasan… air mata tdk dpt di tahan..
Hari itu aku kehilangan insan yang paling ku sayang…
Insan yang paling aku hormat…
Insan yang kemana2 sentiasa aku bawa namanya…
Baru ptg itu aku melihat dia senyum padaku
Ptg itu dia berkata2 dgn ku…
Malam itu Allah takdirkan dia pergi dr hidup kami….
Pergi yang takkan kembali….
Aku duduk disisinya sementara menunggu polis sampai…
Pandanganku kosong, fikiranku buntu….
Mulut kumat kamit menyebut Ya Allah, Abah…
Sehingga ada seorang pakcik yang menenangkan aku…
“sabarlah nak, jgn kau menangis meratapi pemergian dia”
aku tahu pakcik, tapi air mata itu tdk mungkin dpt ku tahan…
ye aku kena kuat…aku kena temani jasad abah di situ..
adik perempuan ku pengsan, acu menangis di rumah,
mak dan along carik dokumen penting y perlu dibwk
adik beradik y lain dlm perjalanan balik….
Sedara mara hilang entah ke mana…
Sorang2 disitu diperhatikan oleh org y x dikenali…
Sehingga polis sampai, mak n along ikut ke hospital..
Tinggal aku dan adik di tempat kejadian…
Adik ku pengsan utk kali ke dua…
Terpaksa ku papah dia ke rumah…
Tinggallah kami bertiga dirumah menanti adik beradik sampai…
Kami diam membisu….
Masing2 berharap ini hy mimpi….
Namun bila sorg2 kakak dan abgku muncul…
Baru sedar kejadian itu adalah reality…..
Sehingga ke pg aku tdk boleh melelapkan mata…
Masih terasa hangat tgn abah yng ku genggam smlm….
Pg jumaat itu sunyi….suasana muram…
Kami kena redha, perjalanan abah di dunia sudah berakhir…
Tenanglah duhai Abahku……
Sesungguhnya aku merinduimu…..

Dari anakmu…..











No comments:

Post a Comment