Monday, 26 January 2015

3 tahun berlalu




sambungan dr entry sebelum ni perpisahan terakhir
26 january 2012 - 26 january 2015

3 tahun sudah berlalu..namun peristiwa itu masih jelas di minda..
mana mungkin pernah ku lupa..
sentiasa teringat, terbayang setiap detik keadaan ketika itu..
di hening mlm, di kelilingi manusia  yang seolah2nya 
tdk pernah aku lihat sebelum ini…
kereta y bergerak perlahan di sebelah kiriku….
Wajah2 yang memandang aku dgn sayu..
pantas saja aku melangkah laju…
jalanku yang agak laju semakin perlahan mengorak langkah…
tdk jauh dr situ…sekujur tubuh kaku diam tanpa nafasnya..
langkah terhenti, namun digagahi jua….
Tanpa sedar airmata laju jatuh membasahi pipi….
Ku hampiri jasad kaku itu…
Ku goncang tubuhnya….
Ku panggil dirinya…
Abah!! namun tiada balasan… air mata tdk dpt di tahan..
Hari itu aku kehilangan insan yang paling ku sayang…
Insan yang paling aku hormat…
Insan yang kemana2 sentiasa aku bawa namanya…
Baru ptg itu aku melihat dia senyum padaku
Ptg itu dia berkata2 dgn ku…
Malam itu Allah takdirkan dia pergi dr hidup kami….
Pergi yang takkan kembali….
Aku duduk disisinya sementara menunggu polis sampai…
Pandanganku kosong, fikiranku buntu….
Mulut kumat kamit menyebut Ya Allah, Abah…
Sehingga ada seorang pakcik yang menenangkan aku…
“sabarlah nak, jgn kau menangis meratapi pemergian dia”
aku tahu pakcik, tapi air mata itu tdk mungkin dpt ku tahan…
ye aku kena kuat…aku kena temani jasad abah di situ..
adik perempuan ku pengsan, acu menangis di rumah,
mak dan along carik dokumen penting y perlu dibwk
adik beradik y lain dlm perjalanan balik….
Sedara mara hilang entah ke mana…
Sorang2 disitu diperhatikan oleh org y x dikenali…
Sehingga polis sampai, mak n along ikut ke hospital..
Tinggal aku dan adik di tempat kejadian…
Adik ku pengsan utk kali ke dua…
Terpaksa ku papah dia ke rumah…
Tinggallah kami bertiga dirumah menanti adik beradik sampai…
Kami diam membisu….
Masing2 berharap ini hy mimpi….
Namun bila sorg2 kakak dan abgku muncul…
Baru sedar kejadian itu adalah reality…..
Sehingga ke pg aku tdk boleh melelapkan mata…
Masih terasa hangat tgn abah yng ku genggam smlm….
Pg jumaat itu sunyi….suasana muram…
Kami kena redha, perjalanan abah di dunia sudah berakhir…
Tenanglah duhai Abahku……
Sesungguhnya aku merinduimu…..

Dari anakmu…..











Thursday, 15 January 2015

Carbonara meatball cheese



Assalamualaikum
Dah lama perancangan nak buat 
baked carbonara meatball cheese nih
lastly smlm craving sgt...
lepas siap2 pasang katil baru..
terus buat..

Bahan2 x berapa cukup..
buat je apa yang ada

Bahan2
meatball - sy guna yang vegie..
1 tin carbonara krim - prego
susu segar - supaya krim x pekat (sy x guna)
1/2 biji capsicum hijau
1 biji bawang Holland
 4 keping chesdale
Parmesan / Mozarella cheese

tumis capsicum dgn bawang guna minyak y sikit..
jgn lama nnt layu sgt x sedap..angkat..letak tepi
 masak meatball guna minyak y sikit n api perlahan...
masak carbonara krim sampai mendidih..
nak sedap letak oregano, lada hitam y dah ditumbuk..tp
bahan cek tak lengkap..so x letak pun..

 siap letak dlm bekas masukkan semua sekali bahan2 tadi...
Letak chesdale...and tabur la byk2 mozarella cheese ke...
tp sbb mozarella chesse xde letak chesdale je..
bakar lebih kurang 5 minit dlm oven..
siap....
makan begitu saja pun sedap...
kalau ada spageti lagi sedap...hehe
sy mkn dgn roti je... 
selamat mencuba...
kalau nak cuba ler...
k...





 inilah hasilnya....
 

 

Friday, 9 January 2015

Kalendar Masjid Negeri Selangor 2015

Assalamualaikum
Sape2 nak download kalendar masjid negeri 2015 boleh klik link di bawah..
terima kasih..

Kalender-MSSAAS-2015

kelas pengajian bersijil di masjid dah start...
tahun ni kelas buat dekat bilik seminar..
ada 65 penuntut...bermacam2 latar belakang..
ada yang sudah bersara, bekerja dan paling muda lepasan SPM...
kelas agak besar jd tumpuan agak x fokus disitu...
kawan2 dr kelas sebelum ni ramai yang ada..dua tiga org je
yang tak dpt nak teruskan utk tahun ni...
still dgn ustaz yang sama...cuma kelas pengajian syariah islamiyah
ustaz lain...kita tunggu mlm nnti...
semoga tahun ni lebih baik dr sebelum ni...
insyaAllah...

gambar ihsan Google