Dulu masa kecik selalu dengar nasyid dari
kumpulan Al-Wadi - Pulanglah Natrah..
Sedih sgt lagu tu... tapi tau sikit je pasal cerita di sebalik lagu..
teruskan bacaan >>
Kisah Natrah tidak
sepatutnya kita lupakan begitu sahaja. Sewajarnya ia menjadi pelajaran
kepada kita. Kisahnya bukan sekadar emosi (kasih sayang antara ibu dan
anak yang dipeliharanya, cinta, pengharapan, undang2.. tapi yang penting
ialah AKIDAH nya)mengenali sejarah Natrah ini, membuka hati dan minda kita. Seberat mana ujian yang diterima kita.. tidaklah seberat Natrah ini. (Semoga dalam hatinya mengqasadkan hanya Allah Tuhan yang satu, Muhammad itu Rasulullah) kerana, menurut cerita, Natrah selepas "ditawan" oleh undang2 dan di perintahkan kembali kepada ibu bapa kandungnya, beliau ada mencari masjid dan mahu bersolat.
Adakah Natrah masih utuh akidahnya? adakah ia masih Islam? Bagaimana ia boleh menolak/menerima Kristian dalam pada sebelumnya ia di didik dengan asas Islam yang kukuh??
berbagai persoalan menerjah minda saya.
Bagaimanapun, itu semua urusan Allah. Siapalah kita mahu mempersoalkan itu dan ini.Isu yang penting sekarang ialah.. sejarah itu jadikan pengajaran, jadikan iktibar. Usah dilupakan sejarah yang memahat seribu satu pelajaran.
Ummat Islam Singapura ketika itu begitu tersentuh dengan kisah Natrah ini sehingga menimbulkan RUSUHAN NATRAH hingga menyebabkan kematian.
Sejarah jangan dilupakan, Jadilkan ia guru dalam kehidupan.