Friday, 26 February 2016

Ibu, Mak, Ummi…sejauhmana kita kenal mereka…



Assalamualaikum w.b.t
Semalam aku terfikir sesuatu…
kalau aku buat soalan2 berkaitan dgn mak, 
adakah aku sendiri boleh jawab… 
macam suka seseorang artis ke pujaan hati ke…
pasti tahu serba sedikit latar belakang dia kan..
tapi kalau berkaitan ibu ayah mampu tak jawab… 
lagi2 mak yang pernah mengandungkan kita...
nah aku wat sikit… korang boleh la try kalau nak…
diam2 jawab dalam hati...kalau takde jawapan...
renung2kan la balik...
sejauhmana kita kenal mak kita…

  1. Nama penuh Mak anda?
  2. Tarikh lahir dan umur sekarang?
  3. Tempat kelahiran.
  4. Adik beradik. Anak ke-berapa?
  5. Siapa nama adik beradik mak anda?
  6. Apa pekerjaan mak anda?
  7. Nama ayah dan ibu mak anda?
  8. Asal mak anda dr mana?
  9. Dulu mak anda sekolah dimana?
  10. Dulu aktif bersukan atau tidak? Kalau ya sukan apa?
  11. Adakah mak anda ada sakit? Jika ya sakit apa?
  12. No.I/c baru atau No.I/c lama.
  13. No telefon.
  14. Bank mana mak anda selalu berurusan?
  15. Makanan kegemaran?
  16. Minuman kegemaran?
  17. Warna kegemaran?
  18. Masa lapang mak anda suka buat apa?
  19. Siapa kawan2 pengajian mak anda?
  20. Adakah mak anda aktif bermasyarakat?
  21. Buku kegemaran?
  22. Rancangan kegemaran?
  23. Bila lesen dia expired?
  24. Roadtax kereta motor bila expired?
  25. Berapa kali anda pernah urut mak anda?
  26. Berapa kali ucap sayang pada mak anda?
  27. Apakah hadiah hari lahir yang anda pernah beri?
  28. Adakah anda selalu peluk cium mak anda?
  29. Berapa kali anda pernah jadi imam untuk mak anda?
  30. Berapa kali dalam hidup anda minta maaf pada mak anda?

Kalau boleh jawab semuanya Alhamdulillah..
Tapi betul ke kita sayang mak ayah kita…sungguh2? 
tepuk dada tanya iman…
adakah kita cukup mengenali mak yang lahirkan kita 
sebagaimana mak kenal siapa kita….

Allah...aku pun masih belum perfect utk jadi anak yang baik....
takut sgt jd anak derhaka...
mak tanya jawab baik2...
suruhan mak terus buat....
tapi kadang terbabas jua...
Allah....rs diri seorang pendosa....maaf mak...
semoga mak sentiasa dalam rahmat Allah...
sihat selalu, boleh beribadat dengan baik...

igt...bila mata ibumu sudah tertutup...
kita hilang satu keberkatan di sisi Allah...
iaitu Doa seorang ibu...

Wednesday, 24 February 2016

Atok wan




Bismillah…
Allahummag firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu…

Hari ahad 21/hb/2016 bersamaan 12 Jamadilawal 1437…
Atok menghembuskan nafas terakhir…
Setelah lama sakit tua…
Terkilan…tanpa ada sesiapa disisi…
Allahu…

Tokwan….atok yang garang…
Susuk tubuh yang tinggi….
Berkulit putih…
Serius mukanya….
Kuat suaranya…
Tapi penuh kasih sayang pada cucu2nya…

Sgt syg pada tokwan walau susah nk zahirkan…
Tokwan hidup sorang lepas atok mok meninggal
Kemudian 2 kali berkahwin semula…
Namun x kekal lama…
Tokwan kembali sorang…

Tokwan sgt rapat dengan kami…
Sgt percaya pada mak, anak sulong perempuannya…
Dulu atok kerap bermalam di rumah mak…
Bila ada kematian rakan2 seusianya…
Sbb dia duduk sorang, dia takut meninggal sorang2, katanya…

Pernah dulu bila tokwan bermalam di rumah
Pukul 3 pagi dgr orang bukak pintu…
Bila tanya tokwan nak p mana…
Kain tak angkat, ubat tertinggal…
Pasti ada alasan, tidur orang tua…
Tidak selesa seperti biliknya…

Tahun 2012, tahun kami kehilangan abah…
Tokwan dah mula sakit…duduk sorang di rumah usangnya…
Mak pakat bwk tokwan kerumah…
Sakit demam boleh di jaga…
Tapi tokwan bila demamnya kebah….
Kembali sihat, bertenaga, mula cuba utk balik rumah sendiri…
Katanya dah sihat…
Sampai satu hari hilang dr pembaringan…
Rupanya sudah berjalan sampai kebun sebelah…
Adik nampak sudah jatuh terduduk…
Terjadi seisi pujuk memujuk…
Akhirnya tokwan mengalah…
Namun beberpa kali jg percubaan tokwan nak balik rumah sendiri…
Hantar aku balik!!….itu ayat biasa tokwan…
Sampai satu ketika tokwan menangis
ketika aku papah masuk kerumah semula…
Allah…hati kecil siapa yang tidak tersentuh….

Kemudian tokwan dijaga oleh pakcik….
Tahun 2013 dlm 3 bulan kami jg tokwan balik…
Pakcik pergi makkah…
Makan minum kencing berak mak uruskan…
Termasuk kami adik beradik bantu mak..
Suap atok makan…bersembang dgn dia…
Walaupun dia dah tak berapa nampak…
Tak berapa dengar…
Kalau time mandikan tokwan,
kami yang lain akan siapkan bilik tidur tokwan…
kadang satu bilik kami basuh…
dah renovate bilik letak mangkuk tandas sekali…
tilam ganti lain…cadar baru…
bantal tukar sarungnya…
yang penting kerjasama….

Ada satu malam…tiba2 mak ngan acu dgr sesuatu…
Acu bangun…tgk tokwan tgh mengesot perlahan2…
Percubaan utk balik kerumah semula…
Esoknya…mak suruh acu bawak tokwan pusing keliling rumah
Naik kerusi beroda ….
Seminggu tokwan tak perasan…
Lama2 dia perasan kenapa bwk aku pusing2…
Kenangan jg tokwan sgt seronok…
Lepas pakcik balik Makkah tokwan duduk rumah pakcik semula….
Sampai la tokwan hembuskan nafas terakhir....

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 tokwan,
Tempatkanlah dia dikalangan orang2 yang beramal soleh






hari sabtu masa lawat tokwan
ditarik tgn kita utk bersalaman dengan dia...
last jumpa 12.30 hari ahad...
salam cium tangan dia...
tercium bau kapur barus...
aku diamkan....
petang 4.20 dpt berita tokwan dah pergi....
Allahu Akbar....
 
Al-fatihah....

Tuesday, 16 February 2016

Kedah



Kalau diberi pilihan tempat mana yang teringin sgt aku nak lawat
Aku jawab aku nak p Kedah….
Rindu sgt kat kedah tu….
Tempat jatuh lagi dikenang apatah lagi tempat menimba ilmu…
Haha sebab aku pernah jatuh longkang dulu kt uum…

First aku nak p lawat UUM dulu…
Memori sgt kau….
Nak p Library, tasik Guthrie, dewan MAS
Kandang Rusa…Lego (cafe)…COB...
Kolej PERWAJA, Kolej Kachi2…
Satu UUM la aku nak pusing…
Bestnya bila igt2 balik dulu…
Masa musim bunga best sgt…
Satu uum bunga kuning tu mekar….
Dan satu hal lagi nak jumpa Prof Zul…
Apa khabar agaknya dia skrg…
Mentor masa study dulu…
Dr sem satu sampai sem akhir…
Dulu dia ada bgtau sebelah mata dia dah x berapa nampak..
Nak buat operation…harap Prof aku ni sihat2 saja…








Bayangkan korg lalu kat sini....
ni la musim bunga kat uum...
sepanjang jalan berbunga...
ni jalan kt area kolej aeon 
sampai kolej MISC..
tu bas UUM yang lama...
time aku masih ada...










Kemudian nak jumpa kwn merangkap group satu mentor..
Aku rs dia sorg je kwn yg kira rapat y dok kt kedah ni..
Orgnya kecik2 perasan awet muda sentiasa… Haha….
Shazlan bin Abdul Lateff…fuh..full name aku tulis…
Dah la lost contact, blog tak update, fb x update…
Saje je ko kan
Jangan ko kahwin senyap2 dah la…

Lepas tu nak p lawat ayah angkat – kenalan arwah abah..
Anaknya nm Kak Husni…mmg lost contact…
Tak pasti tempatnya kt Kuala muda atau kota setar…
Masa awal2 dpt uum ktrg stay rumah dia…
Yang tau depan rumah dia ada TASKI ABIM…
Depan sikit dr rumahnya ada sawah padi…
Pernah sekali aku masuk Hospital Sultanah Bahiyah…
First igt kena warded tp dpt keluar mlm tu…
Tak tau tuju mana p rumah pakcik Husin ni…
Naik teksi just ckp landmark je…
Pelik bin ajaib aku dpt jumpa….
Alhamdulillah…

Yang ke-empat nak p felda Pong Selatan kt Naka…
Ni pun ayah n mak angkat jugak…Ustaz Salleh…
Program baktisiswa….tapi kami berdua…
Aku ngan mira…
Lepas habis program ada la dua kali jgk p naka ni
Naik moto…merempit...yang bestnya berjam2 atas moto…
Pinjam moto n gerak lalu kawasan lapang…
Lalu kebun getah la…
Lalu kawasan sawah…
Berhujan panas….
Bertukar2 bwk moto….
Bayangkan xde GPS langsung...
Semua ikut gerak hati, memori and tgk signboard...
Pernah satu kali ktrg sesat…bwk je moto tu…
Naik kawasan bukit….tinggi je…
Last sampai kat pintu gerbang…
Selamat datang ke Gunung Jerai…Hahaha…
aku rasa la Gunung Jerai...tak perasan apa tulisannya
Terus u-turn….tp mmg sweet memory la…
Bila balik je nenek angkat ni bekalkan ktrg buah…
Penuh raga bwk rambutan, dukong, durian...
Pasti nak lawat diorang balik…

insyaAllah….

Ingat balik macam uish gigihnya kami…













Tuesday, 2 February 2016

Mana milik kita..

apa perasaan korg bila gambar korang ada orang ambik tanpa kebenaran..
tapi benda ni dah lama…
perasan sbb tukar cover picture kt fb…
org yang ambik pun aku kenal…
dulu pernah berkawan dgn dia…
tapi atas sbb2 tertentu ktrg dah tak berhubung…
tiga2 gambar ni ada kt fb dia…
Aku tak kisah dia nak ambik….
Cumanya mcm terkilan jgk la….
Ambik gitu je….tanpa pesan…

Tp xpela…aku halalkan je…
Lagipun xnak menyusahkan dia tuk carik aku kt SANA nnt..
Lagipun masa kat SANA nnt seluruh manusia dihimpunkan…
Pejam mata say Alhamdulillah…
Sama2 lah kita menghayati keindahan ciptaan Allah…

Mana milik kita…
tidak ada milik kita...
semua yang ada...
ALLAH yang punya... 

ingat tu….




Monday, 1 February 2016

New drama TV3 - Inikah cinta


Sebenarnya ini pertama kali aku layan citer drama tv3
Haha percaya tak…
Aku bukan heran sgt pasal cintan cintun dalam tu…
Yang aku nak tgk sgt ialah tempat dia shooting…
UUM…dan aku minat aweera tu..hehe
Sebab citer ni mengimbau kenangan zaman belaja…
Plus zaman bercinta…hek…
Jgn ikut perangai bercinta time belajaq ni…
Takde pekdah…menyesal nnt mcm aku…
Hahaha…

First episode semalam hari ahad
Tgk dia shooting kt laman budaya,
Kolej YAB, Tasik Guthrie…
Awal2 p bilik kuliah naik basikal dua org kayuh tu…
Caya tak sepanjang belajaq sana tak pernah
Ada peluang kayuh basikal tu…sedih gila..
Sebab tu kt pusat sukan…
Pastu bila p je hot item kan
Selalu je abis….
Tak berpeluang nk dating naik basikal tu…hahaha
Aku p pusat sukan pun jarang, sbb duk kolej luar..
Ko-k pun amik kursus yang duk dlm bilik kuliah je
Time kawad baru p lapangan….
Haish padahal dlm pusat sukan tu ada kolam renang,
Skuasy, basikal double tu, futsal…
Ala alasan je kan
Padahal kat kolej kachi 2 kt tgh2 tu padang futsal,
tiap hari ko lalu bila tapau kat mall…
sbb rs dulu kurus kering…underweight pun..
tak perlu untuk aku workout..haha

aku awal sem 1 dah bercinta…
tahun 2006, teruk na…
memang akui aku alami kejutan budaya…
bermula sebagai stalker…
satu hari balik dr ko-k…
naik bas ikut pintu blkg..dulu bas xyah byr…free je..
masa nak naik ada org nak turun…lelaki pakai uniform bomba..
aku tunggu dia turun x turun2…
lambat je..aku dongak dia tgh senyum2…
last dia turun tp masih senyum…
aku naik pastu toleh dia masih pandang…
dalam hati aku kata confirm dia…
kemudian msj masuk ty dah balik ke…
dan akhirnya dia mengaku tu dia…
haha x boleh blah kan…peristiwa kat tangga bas…

tu la zaman belaja, gaduh putus sambung…
banyak kali….
Ktrg betul2 putus tahun 2011…
Dah takde jodoh…
Alhamdulillah sekarang dia pun dah kahwin….
Ank sorang dah pun…
To awak…semoga bahagia sampai syurga…
Terima kasih sbb ada dlm kenangan saya….
Yang kelakarnya dia kahwin dgn ex uum jgk…
Wuish betul la kata abg bikai
Aku ni sebenarnya watak extra je… =_=’


P/s: aku br igt nak upload gambar ms dia konvo tu…
tapi memikirkan tak baik sbb dia dah berkeluarga
aku remove balik gmbr tu…