..........................................................................................................................................
FAHMI segera mengikut langkah guru muda dihadapannya. Hari ini merupakan hari pertama dia menjadi pelajar di sekolah ini. Dipilihnya kehidupan asrama dari berulangalik dari rumah ke sekolah..
Sampai di pintu kelas 5 Barakah..semua mata tertumpu padanya. Selepas memperkenalkan diri dia diarahkan duduk di meja kosong berhampiran tingkap..
“em siapa yang duduk dengan aku ni ye?” hatinya berbisik..namun segera dia duduk tapi bukan yang bersebelahan tingkap.
Semua mata beralih tumpuan apabila pintu kelas diketuk.
“assalamualaikum cikgu…boleh saya masuk?” bibir gadis itu menguntum senyuman sehabis mungkin
“oh kamu Emily Haziqah” cikgu Naim membelek jam di tangannya..
“jam di tangan saya menunjukkan pukul 8.10 minit pagi… apa alasan kamu kali ni?”
Amy menggaru kepala yang tidak gatal..otaknya mula berfikir sesuatu.
“em…firasat saya mengatakan cikgu Naim akan masuk lambat hari ni sebab uruskan sesuatu, tapi saya terlewat 5 saat je nak mendahului cikgu…tak salah kan kalau cikgu pulak yang tunggu saya..”
Muka cikgu Naim terus berubah..ditahan saja hatinya dengan tingkahlaku amy yang agak kurang ajar itu. Dengan isyarat tangan, dia membenarkan Amy masuk.
“thanks.. cikgu.” Amy bergerak melewati Cikgu Naim sambil mengenyit matanya..
Langkah Amy mati tiba-tiba. Matanya yang bulat itu dijegilkan. Seseorang sedang duduk ditempatnya.
“get out in my place!” dihentakkan tangannya diatas meja menyebabkan Fahmi tersentak dan tumpuan pelajar lain beralih kepada mereka berdua.
“Emily Haziqah!” lantang suara Cikgu Naim bergema didalam kelas
“Oh sorry sir if I disturb you..” dimaniskan muka memandang Cikgu Naim, namun apabila dialihkan muka kearah Fahmi terus air mukanya berubah.
Fahmi yang sedar akan jelingan amaran itu segera berkalih tempat. Amy duduk disebelahnya dengan kasar..
“ eleh macamla lawa sgt..nenek piah lagi lawa dari dia..belagak betul”. Bisik Fahmi didalam hati..
Pembelajaran sejarah pagi itu diteruskan seperti biasa. Semua pelajar tekun mendengar, tetapi tidak bagi Amy, otaknya ligat membuat agenda bagi mengenakan Azmir..hatinya membara mengingatkan perbuatan abangnya itu..tiba-tiba dia tersenyum. Tanpa sedar setengah jam telah berlalu. Cikgu Naim segera menghabiskan pembelajaran. Amy pula khusyuk melukis sesuatu diatas kertas tanpa sedar dia diperhatikan.
Fahmi menongkat dagu..
Muka dia ni mcm familiar sangat dengan aku, kenapa aku rasa macam nak kenal sangat dengan nenek piah ni..tiba-tiba dia tersenyum..khusyuk dia meneliti seraut wajah bujur sirih Amy.
“Ehem!”
Fahmi tersentak..
“apa yang awak pandang kat muka saya ni ha?” ada apa-apa ke kat muka saya…em….. ke awak dah terjatuh suka pandang pertama kat saya?” amy mengangkat-angkat keningnya sambil bergerak rapat kearah Fahmi. Fahmi terdorong ke belakang.
“soalan cepumas..mata awak yang sedang memandang tepat anak mata saya ni…membuatkan saya tertarik nak mengenali cik Emily Haziqah”. Fahmi terseyum menampakkan lesung pipitnya yang agak dalam. Amy tersentak. Serta merta mukanya merona kemerahan.
“aku yang nak kenakan dia,dia pulak yang kenakan aku..tak guna..” marah amy dalam hati. Segera badannya kembali ke posisi asal.
“kenapa?.. ada rasa berdebar-debar dalam hati?”. Lembut sahaja suara itu terasa dicupingnya. Amy segera bangun dan menolak Fahmi
“kurang ajar..baru first day masuk dah besar kepala ye.”
Segera diatur langkah menuju ke tandas.
“tapi….kenapa hati aku berdebar-debar ni”
Amy segera membasuh mukanya yang sememangnya tidak berbedak. Dia bersyukur dikurniakan kulit yang putih dan mulus. Dia memerhatikan wajahnya di cermin. Namun tiba-tiba terbayang wajah Fahmi diisitu.
“syuh…syuh..apasal aku nampak muka budak sengal tu kat sini..” disimbah-simbah air ke cermin tandas konon untuk mengusir bayangan Fahmi.
“amy aku dengar Cikgu Naim cari kau tadi.” Tegur suhaila rakan sekelasnya tiba2 yang baru masuk ke tandas.
“yes Cikgu Naim akhirnya dah terpikat dengan aku”
“eleh perasan…cepatla pergi jumpa dia”
Laju langkah amy keluar tandas..cikgu Naim nak jumpa..senyuman lebar menghiasi wajahnya
Amy melangkah ke bilik guru lelaki. sampai di pintu dia segera mencari kelibat guru muda itu.
“eee cikgu ni pun satu, panggil aku time-time gini, cuba la waktu rehat, nasib baik la yang panggil tu cikgu naim..”
“hei Emily Haziqah, apa yang awak membebel dari tadi tu ha, kutuk saya la tu..mari sini..”
“aik bila masa pulak cikgu ada kat situ..musykil aku” amy menggaru kepala yang tak gatal sambil terus berjalan menghampiri Cikgu Naim.
“salam cikgu..cikgu nak jumpa saya ke”
“boleh tolong saya, em sebelum tu nak Tanya kamu soalan boleh”
“Of course boleh aje cikgu, apa dia?”
“petang ni siap sedia, ada orang nak hantar rombongan meminang kamu”
“what!!.” Ternganga mulutnya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut cikgu Naim.
“ alah small matter cikgu, siapa? Saya kenal tak dengan orangnya? Ke orang tu Cikgu sendiri.”
Mengekek ketawa Amy mendengar kata-katanya sendiri
“eh budak bertuah ni, aku gurau je terus setuju..aku pinang betul-betul karang baru tau.”
“dah-dah kamu ni pasal menyakat cikgu nombor satu, ni tolong edarkan borang biodata pada semua pelajar kelas kita, lepas tu serahkan kat saya lepas rehat”
“ok cikgu” amy memusingkan badan dan bersedia untuk melangkah tetapi tiba-tiba dia menoleh kembali..
“cikgu pukul berapa cikgu nak datang, saya tunggu nanti”
Cikgu Naim mendongakkan kepalanya dan mengacah untuk membaling pen membuatkan Amy segera melangkah pantas sambil mengeyit mata. Cikgu Naim menggeleng kepala sambil tersenyum membayangkan karenah Emily yang kadang kala mengusik tangkai hatinya.
……………………………………………………………………………………………………………………………………
bersambung..............
No comments:
Post a Comment