Thursday, 26 November 2009
ketika cinta bertasbih
Ketika Cinta Bertasbih
Suby Alveoli Feat Ina
Bertasbihlah cinta terukir di hatiku
Seindah samudera senja berkilau membentang
Cinta yang sejati yang tersandar di hati
Berlabuh menepi satukan karna Ilahi
Malam penuh doa penawar rindu kasih
Munajatkan maha cinta diatas cinta
Jika memang takdir cinta pasti bertemu
Meski kau dan aku ada di ujung dunia
Reff:
Ketika cinta bertasbih bagai cah'ya tak bertepi
Anugerah terindah itu yang ku impikan
Harapanku tambatkan disetiap sujud malamku
Tuhan bimbing cintaku cinta karna Ilahi
Harapanku tambatkan disetiap sujud malamku
Tuhan bimbing cintaku cinta karna Ilahi
Back to Reff:
Bertasbilah cinta terukir di hatiku
Seindah samudera senja berkilau membentang
Cinta yang sejati yang tersandar di hati
Berlabuh menepi satukan karna Ilahi
Malam penuh doa penawar rindu kasih
Munajatkan maha cinta diatas cinta
Jika memang takdir cinta pasti bertemu
Meski kau dan aku ada di ujung dunia
Back to Reff
Pencipta :
Album : OST. Original film Ketika Cinta Bertasbih
Label : KCB
Thursday, 19 November 2009
x-cident
[malam sebelum kejadian]
kitorang kawan pakat kumpul ramai2..Aida,Aseh,Aku,Atiq,Ann,umiarah ngan hud...persahabatan sewktu awal2 msuk sem 1 dulu..bkn senang nak jumpa walaupun kami kos sama, cume hud je beza...
ktrg mkn ramai2 kat kafe petro...sok pagi2 N dah nak balik nek flight..
mlm tu ktrg tak balik kolej,sume stay pewaja..aseh je la balik bilik dia..pagi2 sok nak antar N g airport kat jitra.
[pagi sebelum kejadian]
kami terbangun lewat..aku rasa malas sgt nak ikut antar N pagi tu..berat hati..tapi memandangkan aku yg beria nak ikut aku gagahkan diri bangun...aida ngan umairah pun ikut sekali..hujan renyai2 menemani kami pg tu..bertolak dari kolej dalam pukul 7 pagi..dah lepas pintu gerbang aku teringat kena bc doa nek kenderaan..ckp kat dorg wei bc doa...pastu singgah canglun jap isi minyak. hujan time tu boleh la tahan..cglun da lepas nak masuk jitra pulak..dlm hati dah terdetik Atiq ni bwk laju..tapi tak terlafaz plak nak tegur..
[detik2 kejadian]
aku rasa tak sedap hati...Atiq bwk laju nih..dr jarak jauh aku nmpk kereta depan makin slow..rsnya depan tu traffic light..aku sentuh paha Atiq..Atiq slow...dia cepat2 turunkan gear..break mengejut...tindakan drastik aku terus tunduk..aku dengar tayar pecah then 'bang'..kepala aku rs pening..bibir aku rasa pedih..Ya Allah terkejutnya aku tgk kereta yang tersadai atas divider jln dan melanggar tiang lampu yg berharga Rm3000..Atiq plak mcm panik dia ckp kt N 'N kejap, aku nak reverse nih..'padahal kete dah sangkut kat divider..Atiq keluar terus org yg ada kat situ suruh kitrg sume keluiar..aku rasa pening pale sbb terhantuk dashboard..akibat aku tunduk..huhuhu..terima kasih kat pakcik2 jabatan perhilitan daerah jitra yang tolong kitrg dan tolong antarkan N..aku tgk Aida ngan Umairah tak pape..Alhamdulillah kitrg sume selamat..
[selepas kejadian]
kitrg stay dlm kete tunggu tuan punya kete sampai..tapi memandangkan pukul 7.45 pagi dan keadaan yang hujan mustahil tuk depa bgun pagi2 nih...waaaa lama ktrg tunggu sampai pukul 10 lebey br depa sampai..da la kat jln ktrg letak kete tu ada balai polis(lau tak silap)..polis2 tuh lalu lalang berhampiran kami..nsib dia tak berenti tanya bukan2..then kete anta bengkel..tau kos nak baiki mencecah seribu ringgit..tekejut kami sume..mn nak cekau duit??..bak kata Bob,tuan kete tu..'sharing is caring'..kitorang kongsi 200 sorg tuk byar...mlm aku nak tidur terasa dahi aku yang jendol ni benjol..huhuhu...
pape pun benda nak jadi..kalau kami lebih berhati2 mungkin kejadian ni tak berlaku..tapi setiap kejadian ada hikmahnya..dah tu menjadi penutup kenangan kami berada last sem di universiti..kwn2 sume..luv u all
Friday, 13 November 2009
hujan oh hujan
pagi cerah..panas suam2 kuku..hehe..baju pun sempat kering separuh jew..
semalam 12 november 2009, nasib aku tak xm..disebabkan hujan air sungai melimpah dan menghalang laluan utama bas menuju ke kampus..
disebabkan tu jgk bdk2 yg xm mlm tak dpt keluar..jadi xm mlm tu ditangguhkan pada waktu bila tak tau..akan dimaklumkan kemudian..
kesian la kat depa yang ada xm mlm tu..nak tangguh kan lagi cmne lau yg dah beli tiket tu...kan naya..
tapi ni semua dugaan..br cikit..ada hikmah disebalik kejadian yang Allah timpakan tu...
nasib pagi tu airnya surut..lau tak xm pagi pun mungkin ditangguhkan...alhamdulillah..aku harap time aku xm nt takde la kejadian mcmni...
Wednesday, 11 November 2009
.:Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan Semulajadi:.
2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
4. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain
.:6 petanda dia soulmate anda:.
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling bekerjasama. Kamu dan si dia selalu bantu membantu dalam urusan yang remeh temeh atau besar. Paling penting adalah kamu sentiasa dapat melalui segala aspek kehidupan bersama dan semuanya terasa amat menyenangkan.
PETANDA 2
Kriteria seterusnya ialah menerusi kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba perhatikan gerak gerinya, cara berpakaian, gaya rambutnya, cara bercakap serta tawanya. Jika setiap perilakunya menampakkan si dia hanya berpura-pura, maaf kemungkinan besar si dia bukan jodoh kamu.
PETANDA 3
Adanya deria batiniah membuat kamu mengetahui isi hatinya. Contohnya, apabila kamu atau si dia saling dapat membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu.
PENTANDA 4
Ketika bersamanya perasaan kamu menjadi tenang dan selesa walau berjam-jam bersamanya setiap waktu dan setiap hari tetapi kamu tidak pernah berasa bosan.
PETANDA 5
Si dia selalu bersama kamu di dalam apa jua situasi dan si dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Pasang yang mempunyai jodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut, suka duka bersama.
PETANDA 6
Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan kamu tidak malu² memperlihatkan nya pada si dia. Misalnya saat kamu bangun tido, saat kamu sakit dan tidak mandi selama dua hari atau mencerita kan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya. Kamu dan si dia sememangnya di suratkan bersama.
.:Bagaimana menyayangi seseorang:.
dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan
perasaan, ianya akan gagalkerana
perasaan sentiasa berubah dari masa ke
semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia
terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia
sememangnya seorang yang istimewa dan
biarkan ianya kekal begitu. Jangan
sesekali terfikir untuk mengubah apa-
apa tentang dia kerana sekali anda
mengubah, selamanya anda akan terus
mengubah dirinya. Tentu anda masih
ingat, anda terpikat padanya kerana
dia adalah dia. Maka, tiada alasan
untuk anda mengubah dia untuk menjadi
seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih
sempurna tapi demi cinta, dia telah
memilih diri anda. Maka, jangan
sesekali cuba untuk mempermain-mainkan
keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan
dia. Jangan anda merayu dan jangan
mencipta alasan supaya dia menerima
cinta anda kerana kelak, yang anda
akan dapat darinya hanyalah cinta
simpati dan bukannya cinta setulus
hati.
5. Yakinkan diri anda akan
keistimewaan dia. Dia adalah satu-
satunya di dunia ini dan jangan
mengharapkan kesempurnaan dari dia
kerana dia telahpun cukup sempurna
semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa
bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan
anda akan sentiasa meletakkan diri
anda di tempatnya sebelum melakukan
apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat
menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia
untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan
berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya
seolah-olah setiap hari itu adalah
hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti
memberi hati anda kepadanya untuk
dilukai tapi kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan
melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia
tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya
akan setakat menangis kecewa dan
kemudiannya meneruskan hidup seperti
biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan
mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri
anda, memenangi hatinya bukanlah satu
kejayaan yang mutlak tetapi anugerah
itu hanya layak anda perolehi setelah
anda berjaya menyayanginya sehingga ke
akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih
anda adalah kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan
akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha sedaya
upaya untuk memenangi cintanya, maka
dengan itu haruslah juga anda berusaha
untuk terus menyintai dirinya dengan
apa jua keadaan sekalipun
Saturday, 7 November 2009
.:rindu terhenti 3:.
exam
mudah-mudahan segala yg aku jawab tepat ngan kehendak soalan..
takut juga, sebab ni final sem...
sekarang tinggal lagi 3 paper yang aku kena hadapi sebelum aku meninggalkan uum ni..huhu cam sedih la plak..
15hb paper bahasa, elektif punya paper..pastu 17hb paper gelagat pengguna, paper yg ganti praktikum n last sekali 20hb paper seminar muamalat.. 20hb tu jugak la last xm bg aku n penutup xm bg u...
lepas abes nih perlu menempuh alam kerjaya pulak yg lebih mencabar...
Friday, 30 October 2009
.:usahlah bersedih:.
.:tujuh keajaiban dunia:.
Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak-sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:
1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Pisa
5) Kuil Angkor
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon
Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih keranasangat banyak.” Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,
1) Dapat melihat,
2) Dapat mendengar,
3) Dapat menyentuh,
4) Dapat menyayangi,
Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,
5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai
Ruang kuliah tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementarakita lihat;semua yang telah Tuhan karuniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.
Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda
.:rindu yang terhenti 2:.
.:rindu yang terhenti 1:.
“Lepaskan saya makcik!. Makcik siapa?”
“amy… amy anak mama….jgn la degil,jom kita balik”
“siapa amy?? Saya yaya…ummi...tolong yaya ummi…”
Fatiha meronta-ronta. Tapi apakan daya kudrat tenaga seorang budak kecil yang berumur 9 tahun tidak mampu melawan tenaga mereka yang lebih dewasa. Akhirnya pegangan terlepas. Fatiha tersenyum lantas segera mengatur langkah. Namun malang tidak berbau, kakinya tersadung lantas tubuh kecil itu terhentak beberapa kali menuruni tangga..
“amy….”
Yaya merasakan tubuhnya terhempas kuat di atas lantai. Kepalanya terasa amat sakit. Terasa cecair pekat membasahi rambutnya. Semakin lama pandangannya makin kabur…
“ummi…”
Perkataan terakhir yang keluar dari bibir gadis kecil itu sebelum matanya terpejam rapat.
.:rindu padamu:.
Bila hati digamit rindu…
Hanya mampu menjengah memori…
Alangkah indah tika mu di sisi
Namun tak mungkin akan berlaku pada saat ini…
Kita punya tanggungjawab masing-masing…
Tapi apa yang aku impikan..
Kau dan aku kan bersatu..
Satu hari nanti…
Mungkin tidak hari ini……..
Mungkin tidak esok……..
Tapi janji kita, suatu hari nanti……
Aku dan kamu sentiasa disisi…
Tiap saat dan ketika……….
Susah dan senang……….
Kita hadapi bersama….
Thursday, 29 October 2009
dengan roomate
takpe la asal dapat...
pastu kitorang p la bergambar. mula2 kat CAS, pastu sempat gak kat COB.. then kitorang bergambar kat depan canselori...lau aku nih memang gila bergambar gak la...
pantang jumpa camera mesti nak bergambar...hehehe
tak mustahil la gambar aku paling banyak dari tuan punya enset..fatimah...hehehe
Wednesday, 28 October 2009
"final sem n final exam"
sedar tak sedar dah 3 tahun lebih belajar kat uum..terasa sekajap sangat..rasa mcm sikit sangat memori ngan kawan2 kat sini..
akhir sem ni br sedar persabatan tu sgt penting....
bila masuk je final exam terasa sgt nak abes...
betul ke nih..
tapi kena terima hakkat..