Friday 26 February 2016

Ibu, Mak, Ummi…sejauhmana kita kenal mereka…



Assalamualaikum w.b.t
Semalam aku terfikir sesuatu…
kalau aku buat soalan2 berkaitan dgn mak, 
adakah aku sendiri boleh jawab… 
macam suka seseorang artis ke pujaan hati ke…
pasti tahu serba sedikit latar belakang dia kan..
tapi kalau berkaitan ibu ayah mampu tak jawab… 
lagi2 mak yang pernah mengandungkan kita...
nah aku wat sikit… korang boleh la try kalau nak…
diam2 jawab dalam hati...kalau takde jawapan...
renung2kan la balik...
sejauhmana kita kenal mak kita…

  1. Nama penuh Mak anda?
  2. Tarikh lahir dan umur sekarang?
  3. Tempat kelahiran.
  4. Adik beradik. Anak ke-berapa?
  5. Siapa nama adik beradik mak anda?
  6. Apa pekerjaan mak anda?
  7. Nama ayah dan ibu mak anda?
  8. Asal mak anda dr mana?
  9. Dulu mak anda sekolah dimana?
  10. Dulu aktif bersukan atau tidak? Kalau ya sukan apa?
  11. Adakah mak anda ada sakit? Jika ya sakit apa?
  12. No.I/c baru atau No.I/c lama.
  13. No telefon.
  14. Bank mana mak anda selalu berurusan?
  15. Makanan kegemaran?
  16. Minuman kegemaran?
  17. Warna kegemaran?
  18. Masa lapang mak anda suka buat apa?
  19. Siapa kawan2 pengajian mak anda?
  20. Adakah mak anda aktif bermasyarakat?
  21. Buku kegemaran?
  22. Rancangan kegemaran?
  23. Bila lesen dia expired?
  24. Roadtax kereta motor bila expired?
  25. Berapa kali anda pernah urut mak anda?
  26. Berapa kali ucap sayang pada mak anda?
  27. Apakah hadiah hari lahir yang anda pernah beri?
  28. Adakah anda selalu peluk cium mak anda?
  29. Berapa kali anda pernah jadi imam untuk mak anda?
  30. Berapa kali dalam hidup anda minta maaf pada mak anda?

Kalau boleh jawab semuanya Alhamdulillah..
Tapi betul ke kita sayang mak ayah kita…sungguh2? 
tepuk dada tanya iman…
adakah kita cukup mengenali mak yang lahirkan kita 
sebagaimana mak kenal siapa kita….

Allah...aku pun masih belum perfect utk jadi anak yang baik....
takut sgt jd anak derhaka...
mak tanya jawab baik2...
suruhan mak terus buat....
tapi kadang terbabas jua...
Allah....rs diri seorang pendosa....maaf mak...
semoga mak sentiasa dalam rahmat Allah...
sihat selalu, boleh beribadat dengan baik...

igt...bila mata ibumu sudah tertutup...
kita hilang satu keberkatan di sisi Allah...
iaitu Doa seorang ibu...

No comments:

Post a Comment