Sabtu, 7 November 2009

.:rindu terhenti 3:.

Bab 2
Naim membelek-belek kertas biodata pelajar kelas 5 barakah di tangannya. Dia yang sedang menjalani praktikum disitu menjadikan biodata anak-anak muridnya itu sebagai kenang-kenangan. Tangannya tiba-tiba terhenti pada sehelai kertas biodata bernama Emily Haziqah Baharom. Entah kenapa hatinya senang dengan tingkah laku Emily walaupun kadang-kadang seperti bersikap kurang ajar. Matanya teralih kepada tarikh lahir Emily.
“eh budak ni bukan 17 tahun rupanya..ingat sebaya rakan-rakan sekelas dia..rupanya tua setahun.” Bibirnya menguntum senyum..
“wei Naim..apa yang kau dok sengih2 kerang busuk tu”. Jerit kamal rakan serumahnya.
“alahai suka hati aku la, yang kau sebuk apa pasal.”
“ek eleh mamat nih, aku lepuk baru tau, orang tegur pun tak boleh”
“bukan tak boleh, aku tengah teringat kat salah seorang anak murid aku yang paling nakal nih”
“perempuan ke lelaki, em tapi aku rasa mesti perempuan kan”
“yela memang perempuan,kenapa”
“em kau dah terjatuh suka kat anak murid sendiri ke Naim oi”
“pandai la kau”
“eleh dengan aku pun nak sorok ye..”sengih kamal sambil terus berlalu ke biliknya apabila melihat Naim menjegilkan matanya.
“em aku takkan suka dengan anak murid sendiri..pasti”.bisik hati kecilnya.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
Azmir menghempas begnya ke lantai. Panas hatinya melihat barang kesayangannya musnah. Walkman sonynya yang dibeli menggunakan duit poket yang disimpan habis hancur.
“Amy!!”.lantang suaranya memecah kesunyian villa seroja milik Dato’ Baharum.
Tapi Amy sudah bertindak dahulu dengan mengurungkan diri dalam bilik.
Muka Azmir merah menahan marah.
“siap kau Amy”
Amy tersenyum puas
“itula daulat lagi dengan aku, kan dah kena..padan muka dia”. Tiba-tiba kepalanya berdenyut. Berkerut dahinya menahan sakit. Akhir-akhir ini kerap kepalanya sakit. Segera direbahkan badan ke atas katil. Matanya dipejamkan.
“yaya!”
Matanya dibuka pantas.
“siapa yaya?”.. arghhh…mama!
Datin tasnim meluru masuk ke bilik bila mendengar jeritan Amy
“kenapa sayang”
“ma kepala amy sakit ma…tolong amy ma.”
“eleh sengaja nak mintak kasihan la tu..tak payah ma, amy tu mengada-ngada je..padan muka..tu la rosakkan walkman mir lagi”. Azmir tiba-tiba bersuara di muka pintu bilik Amy
“mana ada ma, Amy betul2 sakit ni..” air matanya bertakung. “abang tu ha pagi tadi Amy kena sorong basikal tau ma…tu yang sakit kepala ni”
“ala ma,Amy tu yang saja cari pasal dengan mir, semalam dia kunci mir dalam bilik air, mir balas la blik pagi td”
“hish kamu berdua ni, cuba berbaik-baik sikit. Kamu azmir, amy ni kan adik kamu, jagala perasaan dia sikit. Ini tidak hari-hari nak bergaduh, mcam anjing dengan kucing”
Amy hanya mengangguk2 kepala mengiyakan kata2 mamanya…bibirnya menguntum senyum. Manakala azmir pula diam tidak berkata namun hatinya sakit.
………………………………………………………………………………………………………………….

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...