Tuesday 5 August 2014

Pilihan


Dalam hidup kita takkan lari dari membuat pilihan...
sentiasa ada pilihan...
baik atau buruk
rajin atau malas
nak atau taknak
bahagia atau derita
sekarang aku perlu membuat pilihan
antara pilihan hati atau pilihan mereka
melukakan hati sendiri atau menggembirakan mereka...

aku turuti semua kehendak mereka...
tetapi cuma satu ini sahaja
aku memberontak tidak rela...
adakah aku dikira anak derhaka?

masa depan bukan pada tangan manusia
siapa kita untuk meneka bahagia...
aku bukan Tuhan untuk meneka...
ya aku tahu perkahwinan bukan sehari dua...
ianya ikatan sehati sejiwa...
memikul tanggungjawab bersama...
dan disulami kasih sayang janji setia..
serta ada rasa cinta....

mintak pandangan dr mereka yang berusia..
pandangan mereka pandangan orang tua..
hanya mahu melihat anaknya bahagia...
dengan pilihan mereka...

dan aku.....
adakah terpaksa rela dlm derita...
senyum walau x gembira...
biar hati terus terluka...
demi mereka?


No comments:

Post a Comment