Rabu, 12 April 2017

Resepi karipap kentang

Assalamualaikum

Sejak da kawin n jd surirumah ni jadi rajin buat kuih, alhamdulillah menjadi...

so, gigih la memalam g uli tepung..
bahan2 pun ada..
tgh mlm wat karipap kentang..
esok pg tggl goreng je..senang keje..

resepi doh
2 cawan tepung gandum
½ cawan minyak
2 sudu kecil marjerin
1 cawan air sejuk
1 sudu teh garam

resepi inti kentang
2 biji kentang
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 peket serbuk kari ayam
garam dan gula secukup rasa

* mula² panaskan minyak, letak
marjerin dlm tepung, lepas tu letak minyak panas. gaul dgn senduk sampai berderai tepung tu. campurkan garam dlm air sejuk. tuang air dlm adunan. uli sampai doh tak melekat kt tgn..agak² je air tu..lepas tu rehatkan doh dlm peti ais..kurang² 2 jam..

*untuk inti, kentang dan 1 biji bawang potong dadu, blend 2 biji bawang merah,bawang putih dan halia.. panaskan minyak tumis
y blend td dan serbuk kari..jgn
lupa daun kari.dah pecah minyak
masukkan kentang dan bawang..masukkan air, perasakan dgn garam dan gula..biar sampai kering..tunggu sejuk baru letak dlm karipap ye..

dah sejuk semua boleh la bulat² kan
doh dan canai kan ikut suka hati..haha..
inti nak letak banyak² pun xpe..
kalau nak frozen kan kena goreng sekejap, dah angkat sejukkan
masukkan dlm bekas, simpan dlm peti ais...siap..

selamat mencuba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...