Rabu, 24 Februari 2016

Atok wan




Bismillah…
Allahummag firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu…

Hari ahad 21/hb/2016 bersamaan 12 Jamadilawal 1437…
Atok menghembuskan nafas terakhir…
Setelah lama sakit tua…
Terkilan…tanpa ada sesiapa disisi…
Allahu…

Tokwan….atok yang garang…
Susuk tubuh yang tinggi….
Berkulit putih…
Serius mukanya….
Kuat suaranya…
Tapi penuh kasih sayang pada cucu2nya…

Sgt syg pada tokwan walau susah nk zahirkan…
Tokwan hidup sorang lepas atok mok meninggal
Kemudian 2 kali berkahwin semula…
Namun x kekal lama…
Tokwan kembali sorang…

Tokwan sgt rapat dengan kami…
Sgt percaya pada mak, anak sulong perempuannya…
Dulu atok kerap bermalam di rumah mak…
Bila ada kematian rakan2 seusianya…
Sbb dia duduk sorang, dia takut meninggal sorang2, katanya…

Pernah dulu bila tokwan bermalam di rumah
Pukul 3 pagi dgr orang bukak pintu…
Bila tanya tokwan nak p mana…
Kain tak angkat, ubat tertinggal…
Pasti ada alasan, tidur orang tua…
Tidak selesa seperti biliknya…

Tahun 2012, tahun kami kehilangan abah…
Tokwan dah mula sakit…duduk sorang di rumah usangnya…
Mak pakat bwk tokwan kerumah…
Sakit demam boleh di jaga…
Tapi tokwan bila demamnya kebah….
Kembali sihat, bertenaga, mula cuba utk balik rumah sendiri…
Katanya dah sihat…
Sampai satu hari hilang dr pembaringan…
Rupanya sudah berjalan sampai kebun sebelah…
Adik nampak sudah jatuh terduduk…
Terjadi seisi pujuk memujuk…
Akhirnya tokwan mengalah…
Namun beberpa kali jg percubaan tokwan nak balik rumah sendiri…
Hantar aku balik!!….itu ayat biasa tokwan…
Sampai satu ketika tokwan menangis
ketika aku papah masuk kerumah semula…
Allah…hati kecil siapa yang tidak tersentuh….

Kemudian tokwan dijaga oleh pakcik….
Tahun 2013 dlm 3 bulan kami jg tokwan balik…
Pakcik pergi makkah…
Makan minum kencing berak mak uruskan…
Termasuk kami adik beradik bantu mak..
Suap atok makan…bersembang dgn dia…
Walaupun dia dah tak berapa nampak…
Tak berapa dengar…
Kalau time mandikan tokwan,
kami yang lain akan siapkan bilik tidur tokwan…
kadang satu bilik kami basuh…
dah renovate bilik letak mangkuk tandas sekali…
tilam ganti lain…cadar baru…
bantal tukar sarungnya…
yang penting kerjasama….

Ada satu malam…tiba2 mak ngan acu dgr sesuatu…
Acu bangun…tgk tokwan tgh mengesot perlahan2…
Percubaan utk balik kerumah semula…
Esoknya…mak suruh acu bawak tokwan pusing keliling rumah
Naik kerusi beroda ….
Seminggu tokwan tak perasan…
Lama2 dia perasan kenapa bwk aku pusing2…
Kenangan jg tokwan sgt seronok…
Lepas pakcik balik Makkah tokwan duduk rumah pakcik semula….
Sampai la tokwan hembuskan nafas terakhir....

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 tokwan,
Tempatkanlah dia dikalangan orang2 yang beramal soleh






hari sabtu masa lawat tokwan
ditarik tgn kita utk bersalaman dengan dia...
last jumpa 12.30 hari ahad...
salam cium tangan dia...
tercium bau kapur barus...
aku diamkan....
petang 4.20 dpt berita tokwan dah pergi....
Allahu Akbar....
 
Al-fatihah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...