Monday 24 October 2016

Kebetulan or just my lucky day..

Assalamualaikum...

Lama sungguh tak jenguk blog...
sungguh takde masa lepas bertunang hari tu...
bz prepare tuk majlis nnt...
semoga dipermudahkan..

Nak cerita pasal kebetulan ni...
opis aku staff xla ramai...dlm 4 org je..
tu pun termasuk bos..
sorg account, sorg sales n aku admin..
tapi bila bab tukar lampu ke...mesin photostat jem ke..
hp problem ke, scan x jln ke...
Nurul..tolong buat...
almaklumla semua dah berusia...
y sales dia pun technician, tapi gayat panjat tangga...
so aku la p tukar mentol kat opis...

Monday 19 September 2016

17 Sept 2016

Alhamdulillah...
tarikh sejarah ni...
Tarikh tu dipilih utk majlis pertunangan...

Dup dap dup dap duk kat ruang tgh...
nasib la cikgu kiwi duk teman...
boleh gelak2 lagi tuk ilangkan neves tu...

sampai la waktu sarung cincin...
time tu la rs perut memulas la..
pening la...
nak muntah bagai...
simptom neves terlampau...hahaha

Thursday 11 August 2016

Bukit sapu tangan...

Bukit sapu tgn, bukit cerakah shah alam...

Ntah knp aku tgk gmbr ni, terus teringat harapan y dah musnah...
sama mcm relationship aku dan dia...yang mmg xkan kesampaian...

ini kisah aku dan dia...

Actually citer ni da lm....
Tahun 2012....
Sbnrnya keinginan nk tawan bukit sapu tgn ni 
mmg related dgn kisah aku dan dia....
Sama jln cerita....

First time date...
Kami p sini taman pertanian shah alam...atau Bukit cerakah..
Sambil2 keluarkan peluh...
ktrg jalan bukit cerakah ikut laluan B
laluan yang mencabar...
sebab banyak bukit yang kena daki...
x lama lepas tu nmpak signboard arah ke bukit sapu tgn...
kami pun konon2 mencabar diri...
jom kita naik ke atas...
tanpa fikir halangan atau liku2 yang bakal kami tempuh.....
aku pun tanpa fikir panjang setuju je...

Monday 1 August 2016

Raya kan sebulan...

Assalamualaikum...

Semalam 26 syawal 1437 ada org dtg raya mengejut...
tup2 dah on-d-way...
haish suka wat perangai mcm eric leong kan...
suprise!!
nasib baik jauh lagi suprise tu...

dah la sorang2 kat rumah...
masak ler sekejap...
ingat nak masak 2 jenis lauk...
lauk org banjar - sasangan
satu lagi ayam masak dendeng...
sekali kau, perut sakit pulak..
sampai nak pitam2 kat dapur...
last2 satu lauk je...
kwnnya tempe goreng n sayur campur...
aku rasa aku fail masak hari tu...
try rasa tapi lidah xleh rasa...
nasib orang tu ckp sedap...kihkihkih
so aku mmg ada bakat memasak....hahaha..

Tuesday 26 July 2016

Adik angkat

Assalamualaikum...
siapa pernah ada adik angkat?
ha.. kalau yang duk asrama tu mesti ada...
masa upper 6..
kitorang wajib amik sorang adik angkat tingkatan 1
takut kes buli kat asrama..
pastu ktrg kena pantau lak bdk tu..
mcmmn nak biasakan diri duk asrama..
ajar serba sedikit cara2 hidup kat asrama...
lepas tu pandai2 la ko hidup...haha

aku dulu boleh la ramai jgk adik2 angkat ni...
tapi semua lepas gitu je..
tapi masa tingkatan 6 bwh aku ada dua org adik angkat..
sorang lelaki sorang perempuan..
sampai sekarang still x lost contact..
boleh la sesekali muncul..
kadang2 terserenpak kat facebook...hehe

Friday 22 July 2016

Moving On



Moving On

Bismillah…

Hidup kena teruskan perjalanan...
Jatuh kena bangun semula...
Biarkan jadi sejarah..

I’ve decided to move on….
Aku kuat...insyaAllah..
Why not aku cuba terima orang yang terima aku…
Bukan aku yang mengejar mereka…
Tapi aku stop untuk kejar orang…
Aku stop dan pandang belakang…
Pandang pada seseorang yang menanti aku…

Perasaan?
Yeah….perasaan can develop…
Kalau kau boleh terima kelebihan seseorang itu..
Kau kena terima jgk kekurangan dia…
Sedangkan kau pun banyak lompangnya
y diri kau pun x sedar…
Don’t expect to get the perfect one…

Wednesday 13 July 2016

Raya...

Alhamdulillah dah lebih seminggu kita raya..
baru sempat tgk blog...

dah 4 tahun raya tanpa abah...
tahun ni walaupun abg2 kakak2 raya sebelah mertua diorang
tapi ttp meriah...
aku amik cuti awal...
hari jumaat bwk mak p pasar pagi...
huish ramai jgk orang shopping barang...
mak pun sama...bila aku jln laju sikit toleh belakang mak takde...
rupanya singgah beli barang...
dua tiga kali jgk la aku tarik mak aku balik...
haha bukan apa, lepas tu nk shopping g pekan pulak...

Friday 10 June 2016

Destani Cinta - Mestica



Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku.. Ya Allah..

Tuesday 7 June 2016

Tip jimat belanja kahwin

> Buat majlis yang ala kadar sahaja tetapi meriah

> Sekiranya buat di kampung atau di taman,
lakukan secara gotong royong.

> Jangan jemput semua orang, sebaliknya hadkan
terlebih dahulu beberapa panggilan.

> Pengantin tidak perlu menukar banyak baju.
Cukup baju akad nikah dan baju bersanding.

> Aturkan majlis kenduri di hari yang tidak
berlaku musim kenduri. Ini untuk mengelak
pembaziran apabila penyediaan melebihi tetamu yang datang.

> Sediakan menu yang sederhana. Tidak perlu
menyediakan banyak menu kerana pengunjung selalunya
sudah hadir kenduri di tempat lain.

> Jangan terburu2 membeli persiapan dalam
masa yang singkat. Seeloknya merancang terlebih dahulu.

Friday 3 June 2016

Kronologi Natrah

Siapakah Natrah? 
Dulu masa kecik selalu dengar nasyid dari 
kumpulan Al-Wadi - Pulanglah Natrah..
Sedih sgt lagu tu... tapi tau sikit je pasal cerita di sebalik lagu..
teruskan bacaan >>

Kisah Natrah tidak sepatutnya kita lupakan begitu sahaja. Sewajarnya ia menjadi pelajaran kepada kita. Kisahnya bukan sekadar emosi (kasih sayang antara ibu dan anak yang dipeliharanya, cinta, pengharapan, undang2.. tapi yang penting ialah AKIDAH nya)

mengenali sejarah Natrah ini, membuka hati dan minda kita. Seberat mana ujian yang diterima kita.. tidaklah seberat Natrah ini. (Semoga dalam hatinya mengqasadkan hanya Allah Tuhan yang satu, Muhammad itu Rasulullah) kerana, menurut cerita, Natrah selepas "ditawan" oleh undang2 dan di perintahkan kembali kepada ibu bapa kandungnya, beliau ada mencari masjid dan mahu bersolat.

Adakah Natrah masih utuh akidahnya? adakah ia masih Islam? Bagaimana ia boleh menolak/menerima Kristian dalam pada sebelumnya ia di didik dengan asas Islam yang kukuh??
berbagai persoalan menerjah minda saya.

Bagaimanapun, itu semua urusan Allah. Siapalah kita mahu mempersoalkan itu dan ini.Isu yang penting sekarang ialah.. sejarah itu jadikan pengajaran, jadikan iktibar. Usah dilupakan sejarah yang memahat seribu satu pelajaran.
Ummat Islam Singapura ketika itu begitu tersentuh dengan kisah Natrah ini sehingga menimbulkan RUSUHAN NATRAH hingga menyebabkan kematian.

Sejarah jangan dilupakan, Jadilkan ia guru dalam kehidupan.

Monday 23 May 2016

Hujan Lebat

Alhamdulillah...
hujan lebat...
teringat kenangan masa kecik dulu..
nak tau..baca sampai habis 

Do'a ketika hujan..
 
Dari Ummul Mukminin, ’Aisyah radhiyallahu ’anha,

إِنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ
 قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً

Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, ”Allahumma shoyyiban nafi’an [Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]”. (HR. Bukhari no. 1032)

Turun Hujan juga waktu mustajab utk berdo'a

Begitu juga terdapat hadits dari Sahl bin Sa’d, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

ثِنْتَانِ مَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِوَ تَحْتَ المَطَرِ

Dua do’a yang tidak akan ditolak: [1] do’a ketika adzan dan [2] do’a ketika ketika turunnya hujan.” (HR. Al Hakim dan Al Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan. Lihat Shohihul Jaami’ no. 3078).
 

Thursday 19 May 2016

Epilog seorang manusia

Epilog seorang manusia
Fitri Clique
 

Kadangkala kita rasa diguna
Demi kepentingan mereka
Kadangkala kita rasa terhina
Rasa kerdilnya di dunia
Rasa bersendirian

Biarkan kita rasa susah
Jangan biar kita susahkan mereka
Terbitkan keikhlasan hati
Walau kita tak pernah di hargai

Kehidupan diibarat roda
Yang berputar-putar
Mencari destinasi

Oh langit
Tak selalu cerah
Tak selalu mendung
Senyumlah sentiasa
Jangan sedih

Ada yang rasa diri hebat
Jalan dongak ke langit
Pandangan semua orang salah
Dia saja yang betul

Megah berkata-kata
Namun kosong bicara
Astaghfirullah al azim

* selalu dgr lagu ni kat ikim...best...

Wednesday 18 May 2016

Kucing

Assalamualaikum...

kali ni nak cerita pasal kucing...
kucing binatang paling comel kot...
boleh jadi peneman bila sorang2...
dahla manja, gebu, boleh ajak sembang...
pastu biasa tgk org y suka kucing ni seorang yang penyayang...
macam cikgu kiwi...hehe
rumah dia banyakkkk kucing...

aku suka tgk kucing....kalau tgk sekali ya Allah comelnya...
lagi2 tgk kt fb oh my jep...
paus berbulu..kucing2 y ummi tu bela semua comel2...
tapi sayangnya kan....
aku....
sebenarnya takut kucing!!


Friday 6 May 2016

Syadiq aka iman...

Bismillah

tahun ni syadiq exam SPM...
kejap je masa berlalu...
dah tinggi dari makcik dia...
dia lahir tahun 1999..
masa tu aku darjah 6..
abah amik dr sekolah agama...
terus pusing pantai beli sate..
muka abah happy je masa tu..
cakap akk da selamat bersalin...


Monday 25 April 2016

Hannah Imani demam..

Demam cacar air / chicken pox..

Smlm hari ahad p rumah kakak.
lawat hannah imani demam chiken pox...
kesian dia satu badan penuh...
makin kurus anak buah aku sorang ni...

sampai2 rumah akk satu family, mak ngan acu xde..
keluar tgk rumah baru..
tunggu la dlm kereta dlm stgh jam..
sempat la pam belon panjang tu...
saja beli sticker ngan belon tuk dia...

bila akk sampai hannah mula2 xmau salam
tgk kt tgn aku ada belon, laju je dia salam...
taktik tu...haha

Wednesday 13 April 2016

Perap ayam simple

Perap ayam versi paling simple...

Assalamualaikum...
nak share resepi paling simple ni...

3 ketul paha ayam
sos tiram
madu
bawang putih *
halia *
lada hitam *
yang bertanda * tumbuk atau blend kering...
garam
gula
perap..lagi lama lagi sedap..
y ni aku perap x lama..dlm setengah jam..

Bahan2 semua tu aku agak2 je..
jgn lupa kelar2 ayam tu bg perapan serap n mudah masak..
masak guna periuk ajaib dlm 20 minit...
siap...
ms nk hidang Abg aku ckp dia mkn kemudian..
ttb tgk ada ayam ni terus amik pinggan...haha...
korang boleh la try kalau rajin...
k selamat mencuba...
wassalam

Tuesday 12 April 2016

Panas dunia...




Panas dunia

Sekarang ni Malaysia tgh mengalami musim panas…
Rata2 tempat kurang hujan…
Ada hikmahnya…
Kalau kt kg lagi terasa bahang…
Pagi pukul 10 da rs terik matahari…
Lagi2 masuk tghhri ke petang…
Macam kena panggang…
Mandi dua tiga kali…
Kurangkan buat kerja luar…
Sawah pun kering…
Mmg ujian utk petani kt kg…

Masa tghhri berkipas pun rs panas…
Sbb udara kering…
Aku siap sedia penyembur air kt tepi…
Basahkan tuala..dlm 5 minit kering balik…
Dah pulak kat kg mmg xde aircond…
Pekena buah tembikai sejuk2 ni fuhh nikmat…

Tuesday 5 April 2016

Braces

Bismillah...

01 April 2016
Tarikh ni genap setahun pakai braces...
genap jgk setahun GST...
Happy birthday GST...haha

camne ttb nak wat braces kan...
sbb pengalaman aku dr sek asik kena ejek je...
tapi sabar je la kan...
satu lagi sbb nk betulkan susunan gg..
ni bukan kes nak ubah ciptaan ok...
sbb gg aku dulu terlajak kedepan..huhu
mak pun dah banyak kali suh wat braces....

braces ada jenis2 dia...
> Traditional Braces / Conventional
> Damon Braces / self ligating braces
> Clear..

kalau ikutkan banyak lagi jenis2 dia...
tapi ni je yang aku tau..
aku pasang damon braces
harga mahal sikit la dr conventional..
sbb aku x suka kaler2..haha

Thursday 31 March 2016

Bas dan kenangan Green Meteor



Bus dan kenangan Green Meteor                       

Percaya atau x aku pernah nmpk meteor jatuh dulu…
Secara kebetulan masa tunggu bas nk p sekolah…
Pagi dlm pukul 6 lebih…
Masa tu pun jalan raya depan rumah br dua lorong…
Kenderaan pun tak banyak…
Naik bas tambang 20 sen…

Ttb nmpk satu jalur cahaya mcm menjunam jatuh…
Berekor warna hijau…
Memang sekejap sgt….
Tp ms tu akk ngan jiran x nmpk…
Tp masa naik bas kecoh diorg y lain pun nmpk…
Maknanya mata aku x salah…
Dulu naik bas boleh kenal semua…
Rumah masing2 pun leh tau…
Driver bas pun kenal….

Ada sorg driver bas anak murid arwah abah…
So setiap kali ktrg naik nak turun xpyh tekan loceng…
Pakcik bas akan berenti betul2 depan rumah…
Kadang pg2 bas kilang pun berenti…
Amik tambang pun 20 sen…
Mmg seronok la…
Sampai sekolah dlm pukul 7…

Tapi kadang2 bas rosak…
Pastu ktrg tahan ustaz…
Tumpang kereta…
Nampak kereta ustaz lalu terus tahan….
Yang igt ktrg selalu tumpang..
Cikgu Ali, Ustaz khairul sorg lagi ustaz abg ipar x jadi…
Lupa namanya… hehe…ada cerita disebalik tu…
Yang bestnya bila sampai sekolah
pelajar yang naik bas x kena denda..
sbb guru disiplin tau dan paham…
guru disiplin semua panggil Wak Lan je...
bukan panggil cikgu...
tapi still hormat ye...
garang wooo...rotan sentiasa di tgn...

Belum lagi kes tahan2 kereta masa sek asrama dulu...
sekolah kt dlm nk p perhentian bas kena tahan kereta...
nasib la mana kereta y berenti...
kemudian lepas aku abis tingkatan 6
bas susah nak dapat…
sbb x ramai student naik bas..
masing2 naik moto…
lama2 syarikat bas rugi…
sampai skrg xde bas langsung….

So bila sekarang kerajaan negeri nk wujudkan
Bas percuma kt kawasan kg..
Mmg aku setuju sgt…
Teringin jgk sesaja jalan naik bas kan
Wahh mesti mengimbau kenangan silam…


masa tingkatan 6 bawah...
balik asrama...
with bff y skrg dah jd mak budak...
 
 



Wednesday 30 March 2016

Terobek...




Kahkah gambar lama…
lepas 10 tahun x pernah contact... 
X msj...dia dtg time raya....
2 tahun lepas ye gambar ni...
Don’t panic…
Terobek je….

baru2 ni tgk kt fb
Org tu pun dah selamat bertunang…
Alhamdulillah…n tahniah…
set2 dulang hantaran blkg tu bukan aku punya ea....
jgn salah paham...

ehem2...ni la cinta monyet aku dulu... 
hahaha

Tuesday 22 March 2016

Dekat tapi jauh…



Dekat tapi jauh…

Tak tau knp bila aku asik teringat kt sorg kwn baik aku ni
Mesti teringat ayat ni…
“dekat tapi jauh”

hmmm makin jauhh tapi sebenarnya dekat….
Masing2 dgn hal sendiri….
Hujung minggu aku balik kg x sempat jumpa…
Since last year….
Then tahun ni hujung minggu sibuk….
Lebih banyak bersama keluarga….
Contact pun xde…ego diri….
Lastly ko buat assumption sendiri….
Dia bz, aku bz….
Mcm awkward pun ada….
Pastu ko biar gitu je…..
Dekat tp jauh…..



Ihsan Google Image 



Kursus kahwin.



Kursus kahwin.

19 & 20hb sabtu dan ahad tadi baru p kursus kahwin…
kawan2 sebaya dah beranak pinak aku br join kursus…
peserta perempuan pun majority yang lahir tahun 90an…
aku sorg je 80an…paling muda umur 17…
rasa kakak2 pulak di situ…
sape suruh x amik awal2 kan
tp xpela..yang penting niat utk menuntut ilmu…
disamping peroleh sijil. wajib utk prosuder perkahwinan…

daftar kursus kat PAID Sabak…
cadang nak ambik kat shah alam…
tp masuk laman web jais x jumpa2 borg tu…
End up amik borg kt laman web PAID sabak je…
Daftar hari sabtu pukul 7.45-8.00 pg…
hari sabtu 3 seisi ceramah
hari ahad 4 seisi ceramah
total semua 7 seisi ceramah


Ceramah 1.
Akhlak dlm rumahtangga & bentuk hubungan
Dlm sistem kekeluargaan islam.

Ceramah 2.
Prosedur permohonan perkahwinan..

Ceramah 3.
Kesihatan.

Ceramah 4
Pengurusan talaq/taklik/fasakh.

Ceramah 5.
Pengurusan tekanan dan konflik.

Ceramah 6.
Pengurusan kewangan dan masa

Ceramah 7
Akidah & ibadah dlm islam.

Alhamdulillah selesai...kenal la dua tiga org adik2 dlm kursus ni...
masing2 dah bertunang...
siap datang dgn encik tunang lagi...
siap cincin di jari...
esoknya mak suh pakai cincin yang ada....
boleh la dr xde...hahaha...
 
 
 

Wednesday 16 March 2016

Friday 26 February 2016

Ibu, Mak, Ummi…sejauhmana kita kenal mereka…



Assalamualaikum w.b.t
Semalam aku terfikir sesuatu…
kalau aku buat soalan2 berkaitan dgn mak, 
adakah aku sendiri boleh jawab… 
macam suka seseorang artis ke pujaan hati ke…
pasti tahu serba sedikit latar belakang dia kan..
tapi kalau berkaitan ibu ayah mampu tak jawab… 
lagi2 mak yang pernah mengandungkan kita...
nah aku wat sikit… korang boleh la try kalau nak…
diam2 jawab dalam hati...kalau takde jawapan...
renung2kan la balik...
sejauhmana kita kenal mak kita…

  1. Nama penuh Mak anda?
  2. Tarikh lahir dan umur sekarang?
  3. Tempat kelahiran.
  4. Adik beradik. Anak ke-berapa?
  5. Siapa nama adik beradik mak anda?
  6. Apa pekerjaan mak anda?
  7. Nama ayah dan ibu mak anda?
  8. Asal mak anda dr mana?
  9. Dulu mak anda sekolah dimana?
  10. Dulu aktif bersukan atau tidak? Kalau ya sukan apa?
  11. Adakah mak anda ada sakit? Jika ya sakit apa?
  12. No.I/c baru atau No.I/c lama.
  13. No telefon.
  14. Bank mana mak anda selalu berurusan?
  15. Makanan kegemaran?
  16. Minuman kegemaran?
  17. Warna kegemaran?
  18. Masa lapang mak anda suka buat apa?
  19. Siapa kawan2 pengajian mak anda?
  20. Adakah mak anda aktif bermasyarakat?
  21. Buku kegemaran?
  22. Rancangan kegemaran?
  23. Bila lesen dia expired?
  24. Roadtax kereta motor bila expired?
  25. Berapa kali anda pernah urut mak anda?
  26. Berapa kali ucap sayang pada mak anda?
  27. Apakah hadiah hari lahir yang anda pernah beri?
  28. Adakah anda selalu peluk cium mak anda?
  29. Berapa kali anda pernah jadi imam untuk mak anda?
  30. Berapa kali dalam hidup anda minta maaf pada mak anda?

Kalau boleh jawab semuanya Alhamdulillah..
Tapi betul ke kita sayang mak ayah kita…sungguh2? 
tepuk dada tanya iman…
adakah kita cukup mengenali mak yang lahirkan kita 
sebagaimana mak kenal siapa kita….

Allah...aku pun masih belum perfect utk jadi anak yang baik....
takut sgt jd anak derhaka...
mak tanya jawab baik2...
suruhan mak terus buat....
tapi kadang terbabas jua...
Allah....rs diri seorang pendosa....maaf mak...
semoga mak sentiasa dalam rahmat Allah...
sihat selalu, boleh beribadat dengan baik...

igt...bila mata ibumu sudah tertutup...
kita hilang satu keberkatan di sisi Allah...
iaitu Doa seorang ibu...

Wednesday 24 February 2016

Atok wan




Bismillah…
Allahummag firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu…

Hari ahad 21/hb/2016 bersamaan 12 Jamadilawal 1437…
Atok menghembuskan nafas terakhir…
Setelah lama sakit tua…
Terkilan…tanpa ada sesiapa disisi…
Allahu…

Tokwan….atok yang garang…
Susuk tubuh yang tinggi….
Berkulit putih…
Serius mukanya….
Kuat suaranya…
Tapi penuh kasih sayang pada cucu2nya…

Sgt syg pada tokwan walau susah nk zahirkan…
Tokwan hidup sorang lepas atok mok meninggal
Kemudian 2 kali berkahwin semula…
Namun x kekal lama…
Tokwan kembali sorang…

Tokwan sgt rapat dengan kami…
Sgt percaya pada mak, anak sulong perempuannya…
Dulu atok kerap bermalam di rumah mak…
Bila ada kematian rakan2 seusianya…
Sbb dia duduk sorang, dia takut meninggal sorang2, katanya…

Pernah dulu bila tokwan bermalam di rumah
Pukul 3 pagi dgr orang bukak pintu…
Bila tanya tokwan nak p mana…
Kain tak angkat, ubat tertinggal…
Pasti ada alasan, tidur orang tua…
Tidak selesa seperti biliknya…

Tahun 2012, tahun kami kehilangan abah…
Tokwan dah mula sakit…duduk sorang di rumah usangnya…
Mak pakat bwk tokwan kerumah…
Sakit demam boleh di jaga…
Tapi tokwan bila demamnya kebah….
Kembali sihat, bertenaga, mula cuba utk balik rumah sendiri…
Katanya dah sihat…
Sampai satu hari hilang dr pembaringan…
Rupanya sudah berjalan sampai kebun sebelah…
Adik nampak sudah jatuh terduduk…
Terjadi seisi pujuk memujuk…
Akhirnya tokwan mengalah…
Namun beberpa kali jg percubaan tokwan nak balik rumah sendiri…
Hantar aku balik!!….itu ayat biasa tokwan…
Sampai satu ketika tokwan menangis
ketika aku papah masuk kerumah semula…
Allah…hati kecil siapa yang tidak tersentuh….

Kemudian tokwan dijaga oleh pakcik….
Tahun 2013 dlm 3 bulan kami jg tokwan balik…
Pakcik pergi makkah…
Makan minum kencing berak mak uruskan…
Termasuk kami adik beradik bantu mak..
Suap atok makan…bersembang dgn dia…
Walaupun dia dah tak berapa nampak…
Tak berapa dengar…
Kalau time mandikan tokwan,
kami yang lain akan siapkan bilik tidur tokwan…
kadang satu bilik kami basuh…
dah renovate bilik letak mangkuk tandas sekali…
tilam ganti lain…cadar baru…
bantal tukar sarungnya…
yang penting kerjasama….

Ada satu malam…tiba2 mak ngan acu dgr sesuatu…
Acu bangun…tgk tokwan tgh mengesot perlahan2…
Percubaan utk balik kerumah semula…
Esoknya…mak suruh acu bawak tokwan pusing keliling rumah
Naik kerusi beroda ….
Seminggu tokwan tak perasan…
Lama2 dia perasan kenapa bwk aku pusing2…
Kenangan jg tokwan sgt seronok…
Lepas pakcik balik Makkah tokwan duduk rumah pakcik semula….
Sampai la tokwan hembuskan nafas terakhir....

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 tokwan,
Tempatkanlah dia dikalangan orang2 yang beramal soleh






hari sabtu masa lawat tokwan
ditarik tgn kita utk bersalaman dengan dia...
last jumpa 12.30 hari ahad...
salam cium tangan dia...
tercium bau kapur barus...
aku diamkan....
petang 4.20 dpt berita tokwan dah pergi....
Allahu Akbar....
 
Al-fatihah....

Tuesday 16 February 2016

Kedah



Kalau diberi pilihan tempat mana yang teringin sgt aku nak lawat
Aku jawab aku nak p Kedah….
Rindu sgt kat kedah tu….
Tempat jatuh lagi dikenang apatah lagi tempat menimba ilmu…
Haha sebab aku pernah jatuh longkang dulu kt uum…

First aku nak p lawat UUM dulu…
Memori sgt kau….
Nak p Library, tasik Guthrie, dewan MAS
Kandang Rusa…Lego (cafe)…COB...
Kolej PERWAJA, Kolej Kachi2…
Satu UUM la aku nak pusing…
Bestnya bila igt2 balik dulu…
Masa musim bunga best sgt…
Satu uum bunga kuning tu mekar….
Dan satu hal lagi nak jumpa Prof Zul…
Apa khabar agaknya dia skrg…
Mentor masa study dulu…
Dr sem satu sampai sem akhir…
Dulu dia ada bgtau sebelah mata dia dah x berapa nampak..
Nak buat operation…harap Prof aku ni sihat2 saja…








Bayangkan korg lalu kat sini....
ni la musim bunga kat uum...
sepanjang jalan berbunga...
ni jalan kt area kolej aeon 
sampai kolej MISC..
tu bas UUM yang lama...
time aku masih ada...










Kemudian nak jumpa kwn merangkap group satu mentor..
Aku rs dia sorg je kwn yg kira rapat y dok kt kedah ni..
Orgnya kecik2 perasan awet muda sentiasa… Haha….
Shazlan bin Abdul Lateff…fuh..full name aku tulis…
Dah la lost contact, blog tak update, fb x update…
Saje je ko kan
Jangan ko kahwin senyap2 dah la…

Lepas tu nak p lawat ayah angkat – kenalan arwah abah..
Anaknya nm Kak Husni…mmg lost contact…
Tak pasti tempatnya kt Kuala muda atau kota setar…
Masa awal2 dpt uum ktrg stay rumah dia…
Yang tau depan rumah dia ada TASKI ABIM…
Depan sikit dr rumahnya ada sawah padi…
Pernah sekali aku masuk Hospital Sultanah Bahiyah…
First igt kena warded tp dpt keluar mlm tu…
Tak tau tuju mana p rumah pakcik Husin ni…
Naik teksi just ckp landmark je…
Pelik bin ajaib aku dpt jumpa….
Alhamdulillah…

Yang ke-empat nak p felda Pong Selatan kt Naka…
Ni pun ayah n mak angkat jugak…Ustaz Salleh…
Program baktisiswa….tapi kami berdua…
Aku ngan mira…
Lepas habis program ada la dua kali jgk p naka ni
Naik moto…merempit...yang bestnya berjam2 atas moto…
Pinjam moto n gerak lalu kawasan lapang…
Lalu kebun getah la…
Lalu kawasan sawah…
Berhujan panas….
Bertukar2 bwk moto….
Bayangkan xde GPS langsung...
Semua ikut gerak hati, memori and tgk signboard...
Pernah satu kali ktrg sesat…bwk je moto tu…
Naik kawasan bukit….tinggi je…
Last sampai kat pintu gerbang…
Selamat datang ke Gunung Jerai…Hahaha…
aku rasa la Gunung Jerai...tak perasan apa tulisannya
Terus u-turn….tp mmg sweet memory la…
Bila balik je nenek angkat ni bekalkan ktrg buah…
Penuh raga bwk rambutan, dukong, durian...
Pasti nak lawat diorang balik…

insyaAllah….

Ingat balik macam uish gigihnya kami…













Tuesday 2 February 2016

Mana milik kita..

apa perasaan korg bila gambar korang ada orang ambik tanpa kebenaran..
tapi benda ni dah lama…
perasan sbb tukar cover picture kt fb…
org yang ambik pun aku kenal…
dulu pernah berkawan dgn dia…
tapi atas sbb2 tertentu ktrg dah tak berhubung…
tiga2 gambar ni ada kt fb dia…
Aku tak kisah dia nak ambik….
Cumanya mcm terkilan jgk la….
Ambik gitu je….tanpa pesan…

Tp xpela…aku halalkan je…
Lagipun xnak menyusahkan dia tuk carik aku kt SANA nnt..
Lagipun masa kat SANA nnt seluruh manusia dihimpunkan…
Pejam mata say Alhamdulillah…
Sama2 lah kita menghayati keindahan ciptaan Allah…

Mana milik kita…
tidak ada milik kita...
semua yang ada...
ALLAH yang punya... 

ingat tu….




Monday 1 February 2016

New drama TV3 - Inikah cinta


Sebenarnya ini pertama kali aku layan citer drama tv3
Haha percaya tak…
Aku bukan heran sgt pasal cintan cintun dalam tu…
Yang aku nak tgk sgt ialah tempat dia shooting…
UUM…dan aku minat aweera tu..hehe
Sebab citer ni mengimbau kenangan zaman belaja…
Plus zaman bercinta…hek…
Jgn ikut perangai bercinta time belajaq ni…
Takde pekdah…menyesal nnt mcm aku…
Hahaha…

First episode semalam hari ahad
Tgk dia shooting kt laman budaya,
Kolej YAB, Tasik Guthrie…
Awal2 p bilik kuliah naik basikal dua org kayuh tu…
Caya tak sepanjang belajaq sana tak pernah
Ada peluang kayuh basikal tu…sedih gila..
Sebab tu kt pusat sukan…
Pastu bila p je hot item kan
Selalu je abis….
Tak berpeluang nk dating naik basikal tu…hahaha
Aku p pusat sukan pun jarang, sbb duk kolej luar..
Ko-k pun amik kursus yang duk dlm bilik kuliah je
Time kawad baru p lapangan….
Haish padahal dlm pusat sukan tu ada kolam renang,
Skuasy, basikal double tu, futsal…
Ala alasan je kan
Padahal kat kolej kachi 2 kt tgh2 tu padang futsal,
tiap hari ko lalu bila tapau kat mall…
sbb rs dulu kurus kering…underweight pun..
tak perlu untuk aku workout..haha

aku awal sem 1 dah bercinta…
tahun 2006, teruk na…
memang akui aku alami kejutan budaya…
bermula sebagai stalker…
satu hari balik dr ko-k…
naik bas ikut pintu blkg..dulu bas xyah byr…free je..
masa nak naik ada org nak turun…lelaki pakai uniform bomba..
aku tunggu dia turun x turun2…
lambat je..aku dongak dia tgh senyum2…
last dia turun tp masih senyum…
aku naik pastu toleh dia masih pandang…
dalam hati aku kata confirm dia…
kemudian msj masuk ty dah balik ke…
dan akhirnya dia mengaku tu dia…
haha x boleh blah kan…peristiwa kat tangga bas…

tu la zaman belaja, gaduh putus sambung…
banyak kali….
Ktrg betul2 putus tahun 2011…
Dah takde jodoh…
Alhamdulillah sekarang dia pun dah kahwin….
Ank sorang dah pun…
To awak…semoga bahagia sampai syurga…
Terima kasih sbb ada dlm kenangan saya….
Yang kelakarnya dia kahwin dgn ex uum jgk…
Wuish betul la kata abg bikai
Aku ni sebenarnya watak extra je… =_=’


P/s: aku br igt nak upload gambar ms dia konvo tu…
tapi memikirkan tak baik sbb dia dah berkeluarga
aku remove balik gmbr tu…