Monday 25 August 2014

Diari oh diari...

Salamunalaik...

Semalam weekend biasa kat kg...
kemas buku2 lama...
barang paling rare yang aku jumpa buku laporan sekolah rendah
dr tahun 1994-1999
dasat sungguh...
buku laporan sekolah agama je tak jumpa..
kalau x mesti ada bukti darjah satu no.1..haha
dan nak jadikan cerita satu kotak penuh barang aku...
tak perasan..so sesi pembakaran bermula...
tetiba mak ckp ni barang kamu xnak simpan ke..
ada diari semua...
pastu terus rushing kt tempat bakar...
barang2 yang penting jgk kot ms belajar UUM
tapi abg ckp ada dua tiga diari yang dia dah campak...
siap perli2...
"aku menangis dlm surau krn dia"
cis dia baca diari aku...kuangjaq...haha
tapi dptla selamatkan satu diari....
belum terbakar...
tapi....
diari tu berkunci....
dan kunci dia dah hilang...
kahkah....
aku pun x tau apa yang aku tulis dlm semua2 diari tu....
sememangnya aku seorang yang rajin beli diari...
tulis dlm diari kadang2....
kalau dikira mesti berpuluh2 diari dah....
isi dalam x tau...
kbai...



Wednesday 20 August 2014

Let it be...


Kalau nak sy pergi...sy akan pergi..
Kalau itu yang awak harapkan....
Tp utk sy give up xkot..
Cuma sy akan move on...
Tapi knp kata2 itu x terucap betul2...
Knp perlu medium lain utk kau menyatakan hasrat...
Apa salahnya kau berterus terang...
Kau mmg sukar dijangka...
Salah aku mungkin...
Sbb kau sudah beri amaran....
"Mungkin aku akan kecewa kan kau utk kali kedua...
Kerana menanti orang y sama..."
Selepas 10 tahun kita berjumpa kembali...
Terima kasih utk waktu y singkat ini...
Terima kasih beri aku keberanian utk berdepan dgn dirimu...
Sy hormat keputusan awak....
Ambil lah sebanyak mana masa utk awak bersendirian....
I'm waiting here..

Monday 18 August 2014

weekend yang gembira

Assalamualaikum...

tajuk mmg weekend yang gembira...
sbb tiap kali weekend mmg balik kampung...
Alhamdulillah...
bukan untuk berjimba2..
bukan hanya duduk goyang kaki..
bukan untuk rasa masakan mak tiap minggu..
bukan sbb anak manja....
nope...
tapi mmg banyak kerja..
lagi2 nak dekat kenduri ni...
banyak kerja menanti....
xde masa nak berjimba2...
goyang kaki pun x sempat..
malah sakit kaki ada...
operasi bilik atas...
operasi bilik bawah...
operasi bilik pakaian...
sambil2 jaga atuk...
belum lagi operasi luar rumah...

bila orang tanya boleh x kalau x balik kampung hujung minggu ni?
jawapan mmg x boleh...
alasan...tanggungjawab pada mak tu yang utama...
pelik ke kalau aku ckp banyak kerja kat kampung?
pelik ke kalau isnin selasa aku penat memanjang?
sakit badan luka sana sini...
perkara biasa la kan bila dah banyak kerja...huu


seingat aku sejak ada kereta, boleh kira dengan jari weekend yang x balik kampung...
dan aku mmg terpaksa lupakan hujung minggu dgn kawan2
xde masa untuk diri sendiri...
mak bukan bertambah muda...
bukankah menatap wajah ibu itu menambahkan pahala...
sementara bujang masa hujung minggu terpaksa dikorbankan...
InsyaAllah...semoga Allah nilai usaha yang x seberapa ni...
dan aku gembira......sgt gembira dpt gembirakan ibu...
Alhamdulillah




 




Tuesday 12 August 2014

bangunan dua tanda


mlm td aku bermimpi
bermimpi aku disuatu tempat
yang tidak asing
yang pasti aku akan jadi penghuninya
'bandar' yang semakin hari semakin ramai penghuni...
terpacak dua tanda disetiap bangunan...

aku berdiri di suatu tiang...
ku perhatikan sekeliling
'bandar' itu gelap..
sunyi....
muka mereka sedih.....
lalu pantas saja aku bertanya...
kenapa begitu gelap disini...
sunyi...sejuk...
lalu tahu apa jawapan pakcik itu...

"kerana dosa kami...
dan sekarang kami berharap dr doa anak2 kami..
dari saudara2 kami..."
lalu aku segera menadah tgn...
kusedekahkan Fatihah pada semua ahli dlm 'bandar' itu...

alangkah terkejutnya aku...
tiba2 'bandar' itu menjadi kawasan y terang sekali...
sedih berganti gembira...
muncul ramai orang yg tidak kukenali....

namun di celah2 ramai...
aku tidak jumpa dimana
ayah.....

Al-Fatihah untuk arwah Abah - Hj Osman bin Yusof / Hj Abdul Karim

-bandar yang setiap hari semakin ramai penghuni adalah kubur-

*mimpi yang mmg aku alami...tiada paksaan untuk anda percaya...

Dia - Fauziah Latif





Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi sehingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terhalang oleh orang tua

Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

Monday 11 August 2014

Dugaan

Muhasabah diri....
dugaan di pagi hari..
Belum isu kereta aku settle...
kereta mak y aku pinjam side mirror pecah...
Allahuakbar...
nasib sebelah kiri...
so guna front mirror tolak ke kiri sikit..
xnak salahkan sesapa...
walaupun adik aku ada salah sikit kat situ..
xpelah benda da jadi....
pengajaran bg aku...
walau sekecil atau sebesar apapun dugaan 
yang mendatang...
be patient, patient, patient

la tagdob....
jgn marah...
kawal marah kamu...
kerana dgn kemarahan itu membolehkan seseorang itu
menyesal di kemudian hari

now try search a new side mirror....



Sunday 10 August 2014

Harta karun


Excited!!
tu perasaan aku bila korek2 dpt ubi keledek...
macam cari harta karun....
Alhamdulillah.....
mula2 x semangat nak kemas bukit hijau belakang rumah...
bukit hijau sbb ada longgokan tanah...
pastu mak letak benih kangkung, labu n ubi keledek...
semangat membesar dgn jayanya sayuran mak...
tapi skrg semua daun da rosak kena makan ngan serangga...
so time tuk kemaskan bukit hijau tu
and ratakan balik longgokan tanah...

minggu lepas jumpa tp kecik tapak tgn je..
mula2 aku tarik bahagian tepi...
tp bila kakak korek jumpa ubi besar separuh lengan aku
semangat terus...
 tapi dah nasib aku dpt korek y kecik2 je....

mlm tu rebus ubi...makan dengan garam...
perghhh nikmat...
Alhamdulillah
Syukur...

Tuesday 5 August 2014

Pilihan


Dalam hidup kita takkan lari dari membuat pilihan...
sentiasa ada pilihan...
baik atau buruk
rajin atau malas
nak atau taknak
bahagia atau derita
sekarang aku perlu membuat pilihan
antara pilihan hati atau pilihan mereka
melukakan hati sendiri atau menggembirakan mereka...

aku turuti semua kehendak mereka...
tetapi cuma satu ini sahaja
aku memberontak tidak rela...
adakah aku dikira anak derhaka?

masa depan bukan pada tangan manusia
siapa kita untuk meneka bahagia...
aku bukan Tuhan untuk meneka...
ya aku tahu perkahwinan bukan sehari dua...
ianya ikatan sehati sejiwa...
memikul tanggungjawab bersama...
dan disulami kasih sayang janji setia..
serta ada rasa cinta....

mintak pandangan dr mereka yang berusia..
pandangan mereka pandangan orang tua..
hanya mahu melihat anaknya bahagia...
dengan pilihan mereka...

dan aku.....
adakah terpaksa rela dlm derita...
senyum walau x gembira...
biar hati terus terluka...
demi mereka?


Monday 4 August 2014

tanpa bahasa

Lirik Lagu Tanpa Bahasa - Afgan

Kau meminta padaku sepenggal kata
Namun aku berikan cerita
Ku meminta padamu seberkas cahaya
Namun engkau berikan kegelapan

Hanya kenangan yang tersisa
Hanyut dalam sepenggal kisah
Hingga kerap ku hantar asa
Kerinduan memaksa

Tiada sekejap ku terdiam
Tiada sempat ku merasakan
Ku menanti namun kau
Menghilang tanpa bahasa

Kau selalu mengira ku tak merindumu
Namun aku selalu di sisimu
Ku selalu mengira kau mengharapkanku
Namun engkau tak pernah rindukanku

Hanya kenangan yang tersisa
Hanyut dalam sepenggal kisah
Hingga kerap ku hantar asa
Kerinduan memaksa

Tiada sekejap ku terdiam
Tiada sempat ku merasakan
Ku menanti namun kau
Menghilang tanpa bahasa

Selama ku bisa
Ku kan coba melupakanmu

Hanya kenangan yang tersisa
Hanyut dalam sepenggal kisah
Hingga kerap ku hantar asa
Dan kerinduan memaksa

Tiada sekejap ku terdiam
Tiada sempat ku merasakan
Aku menanti namun kau
Menghilang tanpa bahasa