Saturday 6 February 2010

Di sebalik kebahagiaan

Cinta adalah anugerah Illahi kepada setiap insan. insan yang tidak memiliki rasa cinta ialah insan yang tidak normal. manusia tidak dapat lari daripada perasaan cinta. oleh sebab itu, tidak hairanlah al-Quran mengutarakan cinta sebagai sesuatu yang fitrah yang bergolak dalam setiap jiwa.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Dihiaskan bagi manusia itu kecintaan tentang apa yang menyenangkan iaitu daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada emas dan perak, kuda-kuda pilihan, haiwan ternakan dan tanaman." (Surah Ali 'Imran 3:14)

ASAL 4 BUAH SUNGAI DI SYURGA

Bersabda Nabi s.a.w.: “Semasa aku Israk dan naik ke langit yang tinggi, malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada air susu, ada airnya atak tetapi tidak memabukkan, ada air madu dan ada air yang tidak masin.”.
Aku bertanya kepada Jibrail a.s.: “Wahai Jibrail a.s, dari masakah asal sungai-sungai ini dan kemanakah akhirnya?” Jibrail a.s menjawab, “Ya Rasulullah s.a.w., aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kausar, asalnya tidak aku ketahui.”
Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya dia menyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yang besar diperbuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya daripada takut hijau dan kunci-kuncinya daripada emas.
Dan, aku melihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya, “Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?”. Aku pun bertanya, “ Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya”
Jawab Malaikat itu, “Kunci di dalam tanganmu” Tanyaku, “Dimana?” Jawabnya “Cukuplah engkau ucapkan Bismillahirrahmanirrahim”
Lalu, aku pun ucapkan dan pintu itupun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azzawajala, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah liang yang besar-besar.
Melihat aku yang mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku, “Apakah engkau sudah cukup puas melihat pemandangan ini? Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya,”
Lalu aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah Bismillahirrahmanirrahim di antara empat batang tiangnya. Dari hutuf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang huruf ha’ perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf mim perkataan Arrahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar air sungai madu. Dari itu, barang siapa dari umatku membaca Bismillahirrahmanirrahim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.